Phạm Văn Đồng
From Wikipedia, the free encyclopedia
Phạm Văn Đồng (dengar (bantuan·maklumat); 1 Mac 1906 – 29 April 2000) merupakan seorang ahli politik Vietnam yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Vietnam Utara dari tahun 1955 hingga 1976. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Perdana Menteri Vietnam, selepas penyatuan semula Vietnam Utara dan Selatan, dari tahun 1976 sehingga bersara pada tahun 1987 di bawah presiden Lê Duẩn dan Nguyễn Văn Linh.[1] Beliau dianggap sebagai salah seorang dekat Hồ Chí Minh.[2]
Phạm Văn Đồng adalah Perdana Menteri Vietnam yang berkhidmat paling lama, melebihi 30 tahun dari tahun 1955 hingga 1987 dan merupakan pelajar dan rakan rapat Ho Chi Minh. Gelarannya adalah To, dahulunya ini adalah nama samarannya. Beliau juga dikenali sebagai Lam Ba Kiet semasa bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pejabat Peguam Daerah di Guilin (pengarahnya ialah Ho Hoc Lam).