![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2a/Pertussis.jpg/640px-Pertussis.jpg&w=640&q=50)
Batuk kokol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Batuk kokol atau pertusis ialah sejenis penyakit berjangkit bakterial dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian.[1][10] Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. 90% semua kes berlaku di negara membangun. Simptom pada awalnya sederhana, dan kemudiannya berkembang menjadi batuk kokol, yang menghasilkan bunyi "whoop" nyaring bagi bayi dan kanak-kanak apabila mereka menghirup udara selepas batuk.[11]
Batuk kokol | |
---|---|
Nama lain | Pertusis |
![]() | |
Kanak-kanak lelaki dengan batuk kokol | |
Pengkhususan | Penyakit berjangkit |
Gejala | Hidung berair, demam, batuk[1] |
Kerumitan | Muntah, patah tulang rusuk, keletihan[1][2] |
Tempoh | ~ 10 minggu[3] |
Punca | Bordetella pertussis (tersebar melalui udara)[4] |
Swab nasofarinks[5] | |
Pencegahan | Vaksin pertusis[6] |
Rawatan | Antibiotik (kalau dimulakan awal)[7] |
Kekerapan | 16.3 juta (2015)[8] |
Kematian | 58,700 (2015)[9] |
sunting![]() |
Batuk kokol disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.[4] Ia mudah tersebar melalui batuk dan bersin daripada pesakit.[4][12] Pesakit bersifat berjangkit dari tempoh mula muncul gejala hingga kira-kira tiga minggu dalam fasa batuk.[7] Mereka yang dirawat dengan antibiotik tidak lagi bersifat berjangkit selepas lima hari.[7] Diagnosis dibuat dengan mengambil sampel dari bahagian belakang hidung dan tekak.[5] Sampel batuk kokol boleh diuji sama ada dengan kultur atau tindak balas berantai polimerase.[5] Penyakit yang serupa tetapi lebih sederhana pula disebabkan oleh B. parapertussis.[13]
Anggaran 16.3 juta orang di seluruh dunia terjangkit pada 2015.[8] Kebanyakan kes berlaku di kawasan negara membangun, dan boleh menjejaskan individu dalam setiap lapisan umur.[6][14] Pada 2015, pertusis menyebabkan kira-kira 58,700 kematian – menurun daripada 138,000 pada 1990.[9][15] Wabak penyakit ini mula dihuraikan pada abad ke-16.[16] Bakteria penyebab jangkitan dijumpai pada 1906.[16] Vaksin pertusis mula diguna pakai pada 1940-an.[16]