From Wikipedia, the free encyclopedia
Korea Baseball Organization, dipendekkan sebagai KBO; (Korea: 한국야구위원회 , bahasa Melayu: Pertubuhan Besbol Korea) merupakan badan induk yang mengendalikan liga profesional besbol di Korea Selatan. KBO telah diasaskan pada tahun 1981 dan telah mentadbir dua liga iaitu Liga KBO (Korea: KBO 리그 ) dan KBO Futures League (Hangul: KBO 퓨처스리그 (liga tani) sejak tahun 1982.[1][2][3][4][5] Ia merupakan salah satu daripada dua badan induk utama besbol selain Persatuan Besbol Korea (Korea: 대한야구협회 ) yang merupakan badan induk untuk mengatur kejohanan besbol di peringkat amatur.[6][7][8][9]
사단법인 한국야구위원회 (ko) | |
Fail:Korea Baseball Organization.png | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | KBO |
Jenis/bentuk sah | Badan induk sukan |
Status undang-undang | Aktif |
Tujuan | Menguruskan Liga KBO dan KBO Futures League, serta mentadbir pasukan kebangsaan. |
Keanggotaan | Persekutuan Besbol Asia, Persekutuan Besbol Antarabangsa |
Bahasa rasmi | Korea |
Tapak web | http://eng.koreabaseball.com |
Sejarah | |
Dibentuk | Disember 1981 Mac 1982 (Liga dilancarkan) |
Pengurusan | |
Pesuruhjaya | Chung Un-chan |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Gangnam, Seoul, Korea Selatan |
Lokasi |
|
Kawasan perkhidmatan | Domestik |
sunting · sunting di Wikidata |
KBO merupakan anggota Persekutuan Besbol Antarabangsa (IBAF) dan bertanggungjawab mengendalikan pasukan kebangsaan Korea Selatan ke kejohanan World Baseball Classic dan Siri Asia.[10][11] Penglibatan pasukan kebangsaan di kejohanan-kejohanan lain pula diuruskan oleh Persatuan Besbol Korea.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.