![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Bundesarchiv_Bild_141-0864%252C_Kreta%252C_Landung_von_Fallschirmj%25C3%25A4gern.jpg/640px-Bundesarchiv_Bild_141-0864%252C_Kreta%252C_Landung_von_Fallschirmj%25C3%25A4gern.jpg&w=640&q=50)
Pertempuran Kriti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Kriti (Jerman: Luftlandeschlacht um Kretacode: de is deprecated , Yunani: Μάχη της Κρήτηςcode: el is deprecated , juga dikenali Unternehmen Merkur (Operasi Mercury), telah berlaku di pulau Kriti, Yunani semasa Perang Dunia Kedua. Ia bermula pada pagi 20 Mei 1941, apabila Jerman Nazi melancarkan serangan hantaran udara ke atas Kriti. Tentera Yunani, tentera Berikat yang lain serta dengan penduduk awam Kriti mempertahankan pulau tersebut.[8] Selepas sehari pertempuran, pihak Jerman telah mengalami mangsa korban yang sangat banyak dan tentera Bersekutu yakin bahawa mereka mampu mengalahkan pencerobohan itu. Keesokkan harinya lapangan terbang Maleme di barat pulau tersebut dimusnahkan akibat kegagalan komunikasi, taktikal Bersekutu yang teragak-agak dan operasi penyerangan Jerman. Perkara tersebut membolehkan pihak Jerman mendaratkan pasukan bantuan dan mengatasi posisi pertahanan di utara pulau ini. Tentera Berikat berundur ke pantai selatan. Lebih separuh telah dipindahkan oleh Tentera Laut Diraja; yang selebihnya menyerah diri atau menyertai Penentang Kriti.
Pertempuran Kriti | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean Perang Dunia Kedua | |||||||
![]() Askar paracut Jerman (Fallschirmjäger) mendarat di Kriti | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() |
![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
United Kingdom: 15,000 Greece: 11,451[4] Australia: 7,100 New Zealand: 6,700 Jumlah: 40,000–61,800[5] (10,000 tanpa keupayaan tempur)[6] |
Jerman: 14,000[perlu rujukan] askar payung terjun 15,000[perlu rujukan] askar gunung 280 pengebom 150 pengebom junam 180 pesawat pejuang 500 pesawat pengangkut 80 buah peluncur Itali: 2,700 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
4,123 terkorban 1 pengangkut pesawat, 2 kapal tempur, 4 kruiser, 2 pembinasa, 1 kapal selam rosak. |
Jumlah: 6,698 284 pesawat Luftwaffe musnah atau ranap dan beratus lagi rosak.[7] 1 pembinasa Itali rosak 1 bot torpedo Itali rosak |
Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang menggunakan Fallschirmjäger (Askar payung terjun Jerman) secara besar-besaran, pencerobohan besar hantaran udara pertama dalam sejarah ketenteraan, pertama kali pihak Berikat menjadikan signifikan penggunaan risikan dari penyahsulitan perutusan-perutusan Jerman dari Mesin Enigma dan kali pertama tentera Jerman mendapat tentangan besar-besaran daripada orang awam.[9] Bilangan korban tinggi daripada pasukan payung terjun Jerman menyebabkan Adolf Hitler melarang operasi besar hantaran udara yang seterusnya. Sebaliknya, pihak Berikat kagum dengan potensi pasukan payung terjun dan mula membentuk serangan airborne dan rejimen pertahanan lapangan terbang.