Pertempuran Alcácer Quibir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Alcácer Quibir adalah pertempuran utama yang terjadi di Maghribi utara, berdekatan dengan kota Ksar-el-Kebir antara Tanjah dan Fes, pada tanggal 4 Ogos 1578. Pertempuran ini terjadi di antara Abu Abdallah Mohammed II Saadi, dari Dinasti Saadi bersama sekutu beliau Raja Sebastian dari Portugal, melawan pasukan Maghribi dibawah pimpinan Sultan Maghribi sendiri. Raja Sebastian telah merancang satu Perang Salib setelah Abu Abdallah Mohammed II Saadi memohon bantuan Raja Sebastian untuk merampas semula takhta kerajaan beliau yang telah dikuasai oleh pakcik beliau, Abd Al-Malik dengan sokongan empayar Uthmaniyyah. Kekalahan Portugal dan kematian Raja Sebastian yang tidak mempunyai anak telah menamatkan dinasti Aviz, dan integrasi negara di dalam Kesatuan Iberia selama 60 tahun di bawah dinasti Felipe, iaitu satu dinasti kesatuan dengan Sepanyol.
Pertempuran Alcácer Quibir | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Maghribi-Portugal | |||||||
Pertempuran di Ksar el Kebir, menggambarkan tentera Portugal yang dikepung di sebelah kiri | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Portugal sekutu-sekutu Moor | Kesultanan Maghribi | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Sebastian I dari Portugal † |
Abu Marwan Abd al-Malik I † | ||||||
Kekuatan | |||||||
23,000 tentera[1] termasuk: 2,000 sukarelawan Castile 600 sukarelawan Itali 3,000 tentera upahan daripada Flanders dan Jerman 6,000 Moor 40 meriam |
50,000[2]–100,000 tentera[1] 34 meriam | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
8,000 mati[3] (sumber Sepanyol) |
7,000 mati[5] (sumber Sepanyol) |