Negeri Bersekutu Mikronesia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Negeri Bersekutu Mikronesia (bahasa Inggeris: Federated States of Micronesiacode: en is deprecated ) merupakan sebuah negara gabungan beberapa pulau di rantau Micronesia, Lautan Pasifik. Ia mendapat kemerdekaan daripada Amerika Syarikat pada 1986.
Negeri Bersekutu Mikronesia Federated States of Micronesia | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Peace, Unity, Liberty | |||||
Lagu kebangsaan: "Patriots of Micronesia" | |||||
Ibu negara | Palikir 6°55′N 158°11′E | ||||
Bandar | Weno[1] | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Bahasa diiktiraf |
| ||||
Kumpulan etnik (2000) |
| ||||
Agama (2016)[2] |
| ||||
Demonim | Micronesian | ||||
Kerajaan | Republik persekutuan | ||||
• Presiden | David Panuelo | ||||
• Naib Presiden | Yosiwo George | ||||
Badan perundangan | Kongres | ||||
Kemerdekaan daripada Amerika Syarikat | |||||
• Perjanjian Persatuan Bebas | 3 November 1986 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 702 km2 (271 bt2) (ke-177) | ||||
boleh diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 104,468 [3] (ke-19) | ||||
158.1/km2 (409.5/sq mi) (ke-75) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $367 juta | ||||
$3,584[4] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $383 juta | ||||
$3,735[4] | |||||
Gini (2013) | 40.1[5] sederhana | ||||
HDI (2018) | ▼ 0.614[6] sederhana · ke-135 | ||||
Mata wang | Dolar Amerika ( USD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
tiada | |||||
Format tarikh | MM/DD/YYYY | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +691 | ||||
Kod ISO 3166 | FM | ||||
DPT internet | .fm |
Meskipun luas daratan Negeri Bersekutu Mikronesia adalah kecil, namun keluasan sebenar negara ini melitupi lebih daripada 2,600,000 km2 (1,000,000 bt2) kawasan Lautan Pasifik. Ibu kotanya adalah Palikir yang terletak di Pulau Pohnpei sementara kota terbesarnya ialah Weno yang terletak di Atol Chuuk.
Negeri Bersekutu Mikronesia dulu merupakan sebagian dari Wilayah Perwalian Kepulauan Pasifik (TTPI), wilayah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Amerika Serikat, kemudian membentuk pemerintahan pemerintahan sendiri pada 10 Mei 1979 yang kemudian menjadi negara berdaulat tanggal 3 November 1986. Tiga negara bekas anggota TTPI lainnya, membentuk pemerintahan sendiri dan menjadi Kepulauan Marshall dan Palau. Federasi Mikronesia mempunyai kerusi di PBB.
Negeri Bersekutu Mikronesia adalah sebagian dari Perjanjian Persatuan Bebas dengan Amerika. Negara ini mendapat bantuan berupa bantuan ekonomi, kesihatan, dan bencana alam. Penduduk Mikronesia juga dibolehkan bekerja dan tinggal di Amerika Syarikat. Sebaliknya, Amerika dibolehkan secara bebas menggunakan Mikronesia sebagai markas ketentaraan, dan penduduk Mikronesia juga dibolehkan mendaftar sebagai tentera Amerika Syarikat.