From Wikipedia, the free encyclopedia
Peristiwa Dreyfus (Perancis: l'affaire Dreyfus , disebut: [lafɛːʁ dʁɛfys]) adalah suatu skandal politik yang berlaku dalam Republik Perancis Ketiga dari 1894 sehingga ia selesai pada pada tahun 1906. Ia melibatkan hal seorang pegawai artileri dalam Tentera Darat Perancis, Kapten Alfred Dreyfus disabitkan kesalahan menderhaka kepada Republik atas dakwaan membocorkan maklumat ketenteraan sulit Perancis ke Empayar Jerman melalui kedutaan di Paris lalu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Merebaknya kegentingan yang wujud dalam peristiwa ini banyak memutik pertelingkahan antara warga-warga Katolik dan sekularis dalam pemerintah Perancis sehingga menyebabkan peradikalan politik dalam negara tersebut. Pemburukan peristiwa ini yang diapikan oleh akhbar dan pendapat umum terbukti sebagai contoh ketidakadilan moden paling dikenali di dunia Francophone[1] memandangkan ia antaranya bertumpu utama kepada penyoalan dan pencemuhan terhadap identiti Alfred sebagai seorang berbangsa Yahudi yang dianggap berkait dengan jenayah penderhakaan kepada negaranya; aspek antisemitisme ini juga dilihat sebagai pencetus awal kepada gerakan Zionisme yang mendorong pembentukan suatu negara Yahudi yang berasingan.[2]
Kejadian ini berlaku tidak lama selepas pengilhakan Alsace dan Moselle berikutan Perang Perancis-Prusia didorong atas pemikiran Revanchisme. Peperangan yang meletus ini begitu memalukan pihak Perancis sehingga menyebabkan sentimen nasionalisme yang kuat di sana.
Staf Perkhidmatan Perisikan (Service de Renseignements, SR) bekerja mengintip Kedutaan Jerman di Paris sepanjang masa pada ketika ini;[3] pihak tersebut mengupah seorang tukang rumah Perancis yang bekerja di bangunan untuk membantu dalam usaha ini. Pada September 1894, pekerja tersebut mendapati suatu kepingan nota dikoyak-koyakkan[4] (bordereau[Note 1]) yang diserahkannya kepada pihak SR. Kertas ini yang dikoyak enam ini [5] tidak ditandatangani mahupun bertarikh serta ditujukan kepada attacheri tentera Jerman yang ditempatkan di Kedutaan Jerman, Max von Schwartzkoppen dengan maklumat ketenteraan Perancis yang sulit mengenai sekeping artileri berkaliber 120 yang baru dibangunkan [6] akan dihantar kepada kuasa asing.
Setelah beberapa lama siasatan dibuat, seorang individu disyaki atas ini: Kapten Alfred Dreyfus, seorang pegawai artileri berbangsa Yahudi Alsace lepasan École polytechnique.[7] Pada ketika ini, Dreyfus lebih disyaki daripada latar belakangnya yang berasal dari Alsace diduduki penutur Bahasa Jerman - para pegawai dari Alsace sangat diperlukan semasa Perang Perancis menentang Prusia kerana kemahiran serba-serbi mereka tentang budaya orang Jerman yang memudahkan pengintipan terhadap pihak Jerman.[8][9] Namun, ada juga golongan dalam pejabat turus tentera yang sangat mempunyai rasa kebencian terhadap warga Yahudi sendiri,[10] maka sentimen ini menjadi dipergunakan dalam pendakwaan Dreyfus.[11]
Pada tahun 1898, Émile Zola menerbitkan sepucuk surat menempelak pemerintahan Presiden Félix Faure atas rasa kebencian dan ketidakadilan pemerintahannya terhadap Dreyfus di samping kurangnya bukti kukuh yang membenarkan pemenjaraan Dreyfus.
Ferdinand Walsin Esterhazy dibicarakan selama dua hari setelah didapati bersalah, meskipun ada percubaan daripada seberapa pihak atasan menghapuskan bahan bukti berkaitan Esterhazy. Namun, Esterhazy sendiri didapati tidak bersalah oleh pihak Mahkamah.
Esterhazy dihentikan jawatannta secara sembunyi dengan saraan sebelum dia berangkat ke United Kingdom melalui Brussel pada 1 September 1898, di maan dia menghabiskan sisa hidupnya di Harpenden, Hertfordshire.
Dreyfus dikembalikan jawatannya dalam Tentera Darat Perancis berpangkat mejar pada 13 Julai 1906,[12] bahkan beliau dianugerahkan pangkat Kesateria Legion Terhormat sebelum naik ke Panglima tiga tahun kemudian.[13] Beliau bersara dari jawatannya setelah berkhidmat sebagai komander hampir setahun dalam depot artileri Fort Neuf de Vincennes atas faktor kesihatan dialaminya semasa dipenjarakan di Guiana Perancis.[14] Beliau ada terlibat semasa Perang Dunia Pertama 1914–1918, sebagai ketua pengurus gedung senjata api di sebuah kubu di Paris; beliau terlibat dalam barisan hadapan di Chemin des Dames dan Verdun pada tahun 1917.[15] Beliau bersara sepenuhnya dari dunia ketenteraan selepas itu berpangkat kolonel.[13]
Peristiwa berturutan ini membawa kepada kesedaran terhadap peranan persuratkhabaran yang meningkat dan mempengaruhi dunia politik Perancis[16] bertindak dalam semua badan pemerintahan negara[17] lagi-lagi dari penglibatan penulis sajak dan novel yang menggunakan wahana akhbar untuk menyemaikan kefahaman yang baru dalam masyarakat. Kuasa akhbar yang mengesan terutamanya seluruh kota Paris banyak mendorong negarawan yang ditempelak seperti Mercier bertindak semasa perbicaraan berlaku tahun 1894 berikutan laporan keras oleh La Libre Parole.[18]
Theodor Herzl merupakan seorang wartawan yang bekerja sebagai koresponden Neue Freie Presse di Vienna, namun beliau sendiri berhijrah dari Austria yang bermasyarakat prejudis terhadap orang Yahudi ke Perancis yang dianggap lebih bebas dengan pendekatan lebih humanis dan sekular. Beliau pada ketika itu sangat mendokong asimilasi budaya Eropah dalam kalangan masyarakat Yahudi, namun berpaling tadah setelah melihat reaksi dahsyat masyarakat Perancis ke atas kaum Yahudi sana. Kongres Zionis Pertama ditubuhkan Herzl beberapa lama setelah mengambil alih pergerakan Zionis yang kecil pada ketika ini.
Sentimen membalas dendam dalam kalangan masyarakat Eropah Barat terhadap ramai orang Yahudi setempat yang merasakan diri sudah berasimilasi dalam masyarakat masing-masing sehingga rela berkhidmat dan berjuang untuk negara-negara mereka[19] namun masih dipandang serong kuat oleh masyarakat Eropah tersebut.[20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.