Percubaan pembunuhan Donald Trump
penembakan di Kaunti Butler, Pennsylvania, AS / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 13 Julai 2024, bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah cedera dalam satu kejadian tembakan di perhimpunan yang diadakan di tapak pameran di Butler, Pennsylvania.[5] Menurut saksi dan rakaman video, Trump mengalami pendarahan dari telinga kanannya sejurus selepas tembakan, akibat kesan luka dari tembakan.[6][7] Pegawai persekutuan dan tempatan melaporkan bahawa suspek penembak dan seorang peserta perhimpunan terbunuh, manakala dua lagi peserta cedera parah. [8]
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Fakta Segera Donald Trump, Lokasi ...
Percubaan pembunuhan Donald Trump | |
---|---|
Lokasi | Butler Farm Show Grounds di Connoquenessing Township/Meridian, berdekatan Butler, Pennsylvania, A.S. |
Koordinat | 40°51′25.3″N 79°58′15.6″W |
Tarikh | 13 Julai 2024; 5 hari yang lalu (2024-07-13) 6:11 petang (UTC−04:00) |
Sasaran | Donald Trump |
Jenis serangan | Percubaan pembunuhan dengan tembakan |
Senjata | Senapang jenis AR-15 |
Kematian | 2 (termasuk pelaku)[1] |
Tercedera | 5 (termasuk Trump dan kecederaan bukan tembakan kepada seorang pegawai)[2][3][4] |
Pelaku | Thomas Matthew Crooks |
Motif | Dalam siasatan |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Kes tembakan ini sedang disiasat sebagai cubaan membunuh.[8] Ia merupakan kali pertama bekas presiden AS atau presiden AS semasa cedera dalam tembakan sejak Ronald Reagan ditembak pada tahun 1981.[9]