Perbincangan:Negara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sebenarnya terdapat sedikit masalah dengan rencana ini. Selepas membaca rencana-rencana Wikipedia Bahasa Inggeris nation, country dan state dan merujuk perkataan-perkataan yang sama di mana-mana kamus Bahasa Inggeris, anda akan mendapati bahawa terdapat tiga segi melihat negara, iaitu;
- Negara dari segi budaya. Dalam bahasa Inggeris dipanggil nation.
- Negara dari segi geografi. Dalam bahasa Inggeris dipanggil country
- Negara dari segi politik. Dalam bahasa Inggeris dipanggil state
Laman ini ialah laman perbincangan untuk membincangkan penambahbaikan pada rencana Negara. Laman ini bukan forum untuk perbincangan biasa topik rencana. |
Polisi rencana
|
Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP) · FENS · JSTOR · NYT · TWL |
![]() |
Negara merupakan sebahagian daripada WikiProjek Negara, yang bertujuan untuk memperbaiki liputan Wikipedia bagi negara dan topik-topik berkaitan negara. Jika anda mahu menyertai, lawatlah WikiProjek Negara. |
??? | Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kualitinya. |
Tertinggi | Rencana ini telah didapati berkepentingan Tertinggi pada skala kepentingan. |
![]() | Paparan harian bagi Negara |
Perlulah diingatkan disini bahawa perkataan state hanya merujuk kepada negeri dalam konteks dalam satu negara sahaja. Hakikatnya, perkataan state juga bermaksud "negara" dalam konteks antarabangsa.
Akan tetapi, tiada perkataan dalam Bahasa Melayu yang boleh dikaitkan dengan perkataan Inggeris nation, country dan state ini. Jadi saya cadangkan bahawa rencana negara ini dialihkan ke rencana negara (nyahkekaburan) dan di sana kita bahagikan kepada cabang rencana Negara (budaya), Negara (geografi) dan Negara (politik) untuk correspond kepada rencana Wikipedia Inggeris nation, country dan state. Alistair 12:26, 11 Mei 2006 (UTC)
Hai Alistair, cadangan anda memang nampak kemas. Tetapi saya memang masih keliru. Mengapakah:
- Foreign Minister dipanggil "Menteri Luar Negeri" dan bukan "Menteri Luar Negara"?
- Home Minister dipanggil "Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri" dan bukannya "Menteri Hal Ehwal Dalam Negara"?
- Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs dipanggil Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna?
Alistair, apakah bezanya antara "negara", "nasional", dan "kebangsaan"? Saya memang keliru sewaktu menterjemahkan rencana Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat. Kalau anda ada masa, bolehkah anda mengambil satu tengok (take a look), hehehe. — PM Poon 17:09, 11 Mei 2006 (UTC)
Saya kurang bersetuju dengan cadangan Alistair ini. Seperti yang diketahui semua Bahasa Melayu berbeza dengan Bahasa Inggeris. Malah setiap bahasa dalam dunia ini berbeza di antara satu dengan yang lain. Jadi tidak harus dibandingkan sesebuah perkataan dalam BM itu dengan perkataan dalam BI. Contohnya perkataan "tikus", dalam BI terdapat perkataan-perkataan yang mengambarkan tikus seperti rat, mouse, mice dsb. Adakah hanya disebabkan terdapat 3 istilah tikus dalam kamus BI maka laman tikus perlu dijadikan laman nyahkekaburan? Berbalik kepada isu asal tentang istilah "negara". Mengikut Kamus Dewan DBP, perkataan negara bermaksud; 1.suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg dibawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri. Dalam BI, maksud perkataan country, nation, state adalah berbeza tetapi tidak ada benda yang sedemikian dalam BM. Cuma terdapat 2 perkataan sahaja yakni negara yang merujuk kepada negara yang diperintah sesebuah kerajaan dan negeri yang bermaksud sesebuah kawasan di dalam sesebuah negara. Pada zaman dahulu cuma terdapat perkataan negeri tetapi bagi membezakan di antara sesebuah kawasan di dalam sesebuah kawasan yang besar (negara) dan kawasan yang besar (negara) maka perkataan negara ini dicipta oleh pakar bahasa. Sebab itulah sebutan untuk kerajaan zaman dahulu seperti Melaka dan Rom hanyalah Kerajaan Melaka atau Negeri Melaka dan bukannya Negara Melaka. Kesimpulannya BM dan BI adalah berbeza. Saya merehatkan kes saya buat masa ini. — Master2841 17:38, 11 Mei 2006 (UTC)
Hmmm... ini mungkin sebabnya Dr Mahathir nak mengembalikan bahasa Inggeris untuk mengajar sains dan matematik. Sewaktu saudara saya mengajar matapelajaran kimia, terdapatnya masalah seperti ini, sehingga bahasa Inggeris masih harus digunakan. Kalau tidak, memang tertimbul banyak kekeliruan. Apabila kita menggunakan suatu perkataan, seperti Taoisme, dan Taoisme mempunyai tiga tafsiran, kita memang tidak tahu apa yang dimaksudkan, kecuali kita menghuraikan dengan penerangan yang sungguh panjang (bukannya satu perkataan) sebagai sokongan, jika konteksnya tidak jelas.
Bagi mengatasi masalah yang ditemui, saya mencadangkan begini:
- nation = nasyen
- country = kauntri
- stat = stet
Kan ini amat jelas? hehehe. Kini, saya tengah mengubahsuai rencana DBP mengenai "Kaedah pengejaan istilah pinjaman bahasa Melayu" supaya tidak melanggar undang-undang hak cipta. Diharapkan bahawa rencana itu amat berguna. — PM Poon 20:14, 11 Mei 2006 (UTC)
- Pertama, PM Poon megemukakan persoalan yang menarik. Mengapa ya? Buat masa ini saya hanya mampu memberi jawapan spekulasi sahaja, iaitu pada masa itu pemahaman maksud perkataan Inggeris state kurang jelas di kalangan kakitangan kerajaan pada masa itu, jadi perkataan "negeri" digunakan. Memang, jika dikira secara logik, "Menteri Luar Negara", "Menteri Hal Ehwal Dalam Negara" dan sebagainya lebih tepat. Lagipun sepatutnya DBP yang menjawab soalan ini, bukan saya.
- Objeksi (betulkah penggunaan perkataan ini? hehe) yang dibangkitkan oleh Master2841 adalah betul, dan kini selepas menimbangkannya semula, mungkin juga saya keterlaluan dengan mencadangkan satu rencana nyahkekaburan dengan tidak menghiraukan kelainan diantara bahasa-bahasa dunia. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu memang berbeza dengan sesetengah perkataan yang membawa maksud tertentu dalam Bahasa Inggeris tiada equivelent dalam Bahasa Melayu dan juga vice versa.
- Akan tetapi, Master2841, saya mengajak awak melihat sepintas lalu rencana-rencana Wikipedia Inggeris Nation, Country dan State. Kesemuanya merupakan rencana yang panjang dengan sendirinya. Apabila rencana Negara Wikipedia Melayu ini dimajukan nanti, apakah kesemuanya bakal dicampurkan dalam satu rencana iaitu rencana Negara? Tentu panjang sekali rencana ini nanti! Lagipun, adalah kritikal bagi para penutur Bahasa Melayu untuk mengetahui bahawa perkataan State mempunyai dua maksud dalam Bahasa Inggeris, kerana negara kebanyakan penutur Bahasa Melayu, Malaysia, mengamalkan kerajaan persekutuan (Federalism) dan pembahagian wilayah berdasarkan "negeri" menggunapakai perkataan State dalam bahasa Inggeris juga (Lihat bahagian Nation, Country and State dan Homonyms and Synonyms dalam ketiga-tiga rencana diatas untuk keterangan lanjut), supaya kekeliruan dapat dielakkan dan tiada lagi salah tafsir maksud di rencana-rencana berkait perihal antarabangsa di dalam Wikipedia ini (kerana State pada peringkat antarabangsa memang bermaksud negara, bukan negeri). Jadi sebagai kompromi saya mencadangkan ini;
- Rencana Negara ini menerangkan definasi secara am, pendek kata layman's term bagi negara, akan tetapi;
- Rencana ini diberi link ke rencana Negara (budaya), Negara (geografi) dan Negara (politik) untuk menerangkan negara dari aspek nation, country dan state. Alistair 12:01, 12 Mei 2006 (UTC)
Nampaknya Alistar seorang yang sungguh fleksibel, berbanding tanggapan pertama, hehehe. Saya berasa cadangan Alistair memang bagus. Bagaimanapun, saya hendak menalakan sikit untuk merangkumi gagasan Master2841. Master2841 telah berkata:
- "Pada zaman dahulu cuma terdapat perkataan negeri tetapi bagi membezakan di antara sesebuah kawasan di dalam sesebuah kawasan yang besar (negara), maka perkataan negara ini dicipta oleh pakar bahasa."
Ini nyata bermakna bahawa sewaktu perkataan "negeri" tidak dapat merangkumi konsep yang lebih luas, maka pakar bahasa menciptakan perkataan baru, iaitu "negara". Sebenarnya, saya merupakan bakar bahasa juga. Oleh itu, saya berasa kita harus mencipta perkataan baru kerana perkataan "negara" tidak dapat membezakan konotasi yang tidak ketara. Kan kita ada lima vokal? Saya berasa kita boleh mempergunakannya untuk mencipta perkataan yang baru. Oleh sebab "a" telah digunakan untuk "negara", saya mencadangkan begini:
- Negara (budaya) = negoro
- Negara (geografi) = neguru
- Negara (politik) = negiri, oophs, bunyinya hampir sama dengan negeri... hmmm... negere, okaylaaaa, kita gunakan negere, hehehe. — PM Poon, bakar bahasa, 23:11, 12 Mei 2006 (UTC)
- Apa-apalah 老师 ni :D Memandangkan tiada balasan lagi daripada Master2841, saya terpaksa menganggap dia bersetuju. Saya telah memasukkan cadangan saya dalam rencana ini dan telah pun memulakan terjemahan rencana State BI kedalam rencana Negara (politik) BM. Terjemahan rencana ini perlu dalam usaha saya memajukan rencana-rencana politik dan undang-undang Wikipedia ini. Alistair 阿力斯特伊儿 05:53, 13 Mei 2006 (UTC)