Perbadanan Johor (juga digelar Johor Corporation ataupun JCorp) ialah sebuah syarikat Kerajaan Negeri Johor, yang dahulunya digelar "Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor" (PKENJ). Ditubuhkan pada tahun 1968, ia merupakan sebahagian rancangan aksi afirmatif kerajaan Malaysia untuk menyusun semula masyarakat berbagai kaum dengan membasmikan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum bumiputera dengan kaum yang bukan bumiputera. Perbadanan-perbadanan kemajuan ekonomi negeri direka untuk mengelakkan tatacara birokratik dan merupakan syarikat pelaburan kerajaan negeri masing-masing.
Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan |
---|---|
Ditubuhkan | 1968 1995 sebagai Perbadanan Johor (JCorp) | sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ)
Ibu pejabat | Aras 11, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre, 80000, Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Tokoh penting | Datuk Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif |
Syarikat induk | Kerajaan Negeri Johor |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
ENAKMEN BILANGAN 4 TAHUN 1968, PENUBUHAN PERBADANAN JOHOR
Perkara 4. Keanggotaan Perbadanan
Perbadanan hendaklah mengandungi :-
(a) Seorang Pengerusi, dan ianya hendaklah orang yang pada masa itu memegang jawatan Menteri Besar Johor.
- YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor
(b) Seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Raja.
- YBhg Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ahli Bebas merangkap Timbalan Pengerusi Johor Corporation
(c) Presiden & Ketua Eksekutif.
- YBhg Datuk Syed Mohamed bin Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation
(d) Tiga orang Ahli Atas Jawatan, dan mereka itu hendaklah orang-orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan, jawatan Penasihat Undang- Undang dan jawatan Pegawai Kewangan Negeri Johor.
- YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor
- YBrs Encik Amir bin Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- YB Dato' Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor
(e) Tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Menteri.
- YBhg Dato’ Saiful Anuar bin Lebai Hussen, Ketua Setiausaha, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
- YBhg Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
- YBhg Dato' Asri bin Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia
(f) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Raja dari antara orang-orang yang didapatinya sebagai berkelayakan kerana mempunyai pengalaman yang luas dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara-perkara berkenaan dengan bank, perkilangan, perumahan, perniagaan, kewangan, professional atau pentadbiran, atau sebagai sesuai selainnya untuk dilantik oleh sebab pengetahuan dan pengalaman khas mereka.
- YBhg Dato’ Sr. Hisham bin Jafrey, Pengarah Urusan, ARH Jurukur Bahan Sdn. Bhd.
- Tan Sri Othman Saat (1970-1982)
- Dato' Abdul Ajib Ahmad (1982-1986)
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (1986-1995)
- Tan Sri Abdul Ghani Othman (1995-2013)
- Dato' Mohamed Khaled Nordin (2013-2018)
- Dato' Osman Sapian (2018-2019)
- Dato' Dr. Sahruddin Jamal (2019-2020)
- Dato' Ir. Hasni Mohammad (2020-2022)
- Dato Onn Hafiz (2022-kini)
Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif paling lama berkhidmat sejak 1982 sehinggalah beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2013.
PKENJ bermula operasinya pada Ogos 1970 dengan perlantikan Menteri Besar YAB Tan Sri Hj Othman bin Mohd Saat sebagai pengerusinya dan YB Tan Sri Dato' Hj Basir bin Ismail sebagai ketua eksekutif. Pejabat pertamanya berada di Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan operasinya bermula dengan cuma dua kakitangan. PKENJ menggantikan namanya kepada "Johor Corporation" pada akhir tahun 1995 seperti yang dicadangkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebagai sebuah entiti perusahaan awam, JCorp telah memainkan peranan yang besar dalam memeliharakan pertumbuhan ekonomi di negeri Johor, khususnya dibeberapa sektor ekonomi yang berpotensi tinggi, termasuknya perusahaan pertanian, pemajuan perindustrian, pemajuan hartanah dan sebagainya. JCorp juga memajukan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar perindustrian di tenggara Johor. Sejak 1 Julai, 1977, ia telah dilantik sebagai pihak berkuasa tempatan bagi Pasir Gudang, iaitu pihak berkuasa tempatan pertama yang diswastakan di Malaysia dibawah kontrak setiap lima tahun.
Pada masa kini, perusahaan-perusahaan utama JCorp dianjurkan oleh syarikat awam tersenarai masing-masing:
- Bahagian minyak kelapa sawit : Kulim (Malaysia) Berhad (MYX: 2003)
- Bahagian penjagaan kesihatan: KPJ Healthcare Berhad (MYX: 5878)
- Bahagian pembangunan hartanah: Johor Land Berhad (MYX: 6564), Damansara Asset Sdn.Bhd.
- Bahagian restoran makanan dan perkhidmatan segera: QSR Brand Berhad (MYX: 9415)
- Bahagian hartanah dan perkhidmatan logistik: Damansara Realty Bhd. dan TPM Teknopark Bhd.
Kesemua usaha-usaha niaga usahawan dalaman diketuai oleh kakitangan JCorp sendiri. Pada tahun 2005, syarikat-syarikat dibawah Bahagian Perusahaan Usahawan Dalaman (Intrapreneur Venture Division)termasuk:
- Aquapreneur Sdn Bhd
- Epasa Shipping Agency SB
- Excellent Relation Sdn Bhd
- HC Duraclean Sdn Bhd
- Hotel Selesa Sdn Bhd
- IPPJ Sdn Bhd
- JTP Trading Sdn Bhd
- Metro Parking Sdn Bhd
- Pro Office Bulk Mailing
- Pro Communication Services
- Sibu Island Resort
- Tepak Marketing Sdn Bhd
- JKiNG Sdn Bhd
- Willis (M) Sdn Bhd
- Syarikat Pengangkutan Maju Bhd
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perbadanan Johor |
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.