Sesuatu bentuk perasaan From Wikipedia, the free encyclopedia
Kecemburuan biasanya merujuk kepada pemikiran atau perasaan tidak senang hati, ketakutan dan kebimbangan terhadap kekurangan relatif pemilikan atau keselamatan sesuatu benda.
Kecemburuan boleh terdiri daripada satu atau lebih emosi seperti kemarahan, kebencian, ketidakcukupan, ketakberdayaan atau kemeluatan. Kecemburuan ini berbeza daripada kedengkian, walaupun kedua-dua emosi ini sering mudah dikelirukan antara satu sama lain, kerana dua perasaan ini cenderung untuk hadir dalam situasi yang sama.[1]
Kecemburuan merupakan suatu pengalaman yang biasa berlaku dalam hubungan sesama manusia, dan ia telah diperhatikan pada bayi seawal usia lima bulan.[2][3][4][5] Sesetengah penyelidik mendakwa bahawa kecemburuan dapat diperhatikan pada semua budaya dan merupakan sifat universal.[6][7][8] Walau bagaimanapun, terdpaat penyelidik lain mendakwa bahawa emosi cemburu adalah emosi yang khusus bergantung kepada kelainan budaya.[9]
Kecemburuan boleh hadir sama ada dalam bentuk kecurigaan atau bentuk kereaktifan,[10] dan ia sering diperkukuh sebagai satu siri emosi yang sangat kuat dan dibina sebagai pengalaman manusia sejagat. Pakar psikologi telah mencadangkan beberapa model untuk mengkaji proses yang mendasari perasaan cemburu dan telah mengenal pasti faktor yang mengakibatkan berlakunya perasaan cemburu ini.[11] Ahli sosiologi telah menunjukkan bahawa kepercayaan dan nilai budaya memainkan peranan penting dalam menentukan apa yang mencetuskan kecemburuan dan apa yang merupakan ungkapan cemburu yang boleh diterima secara sosial.[12] Ahli biologi telah mengenal pasti faktor yang secara tidak sedar boleh mempengaruhi ekspresi cemburu.[13]
Sepanjang sejarah peradaban manusia, pelbagai karyawan telah meneroka tema cemburu dalam lukisan, filem, lagu, drama, puisi, dan buku, bahkan ahli teologi telah menawarkan pandangan agama tentang kecemburuan berdasarkan kitab suci kepercayaan masing-masing.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.