From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang saudara Libya 2011 ialah konflik bersenjata yang berlangsung di negara Libya antara pihak yang cuba menggulingkan Muammar Gaddafi lalu mengadakan pilihan raya demokratik,[27][28] dan angkatan pro-Gaddafi. Situasi ini bermula dengan tunjuk perasaan damai yang cuba ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi sejak 15 Februari 2011. Seminggu kemudian, pemberontakan ini telah merebak ke merata negara dan Gaddafi bergelut untuk mempertahankan penguasaannya.[29] Gaddafi membalas dengan kekuatan tentera dan langkah-langkah lain seperti penapisan akhbar dan penyekatan komunikasi.
Perang Saudara Libya 2011 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kebangkitan dunia Arab | |||||||
(situasi pada 11 April 2011) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Majlis Peralihan Negara[1]
Persidangan Negara Pembangkang Libya Tunisia Puak Anti-Gaddafi[2] Anggota-anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menguatkuasakan Resolusi UNSC 1973: Templat:Collapsible bulletlist | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Mustafa Abdul Jalil[15] Charles Bouchard[19] |
Muammar Gaddafi | ||||||
Kekuatan | |||||||
Kira-kira 17,000 sukarelawan pada 24 Mac[20] (1,000 orang terlatih pada 23 Mac)[21] Angkatan Antarabangsa: Banyak tentera udara dan maritim | 10,000[22]–20,000+[23] askar, bilangan militia tidak pasti | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2,034-2,770 pejuang, aktivis dan penyokong pembangkang terbunuh Angkatan Antarabangsa: 1 USAF F-15E Strike Eagle terhempas (kedua-dua juruterbang terselamat)[24] | 849-922 askar terbunuh | ||||||
Anggaran jumlah korban kedua-dua pihak termasuk orang awam: 2,000[25]–10,000[26] |
Kemudian, keadaan ini bertukar menjadi konflik bersenjata, apabila pihak pemberontak membentuk sebuah gabungan bergelar Majlis Peralihan Kebangsaan yang bertapak di Benghazi. Mahkamah Jenayah Antarabangsa memberi Gaddafi amaran bahawa beliau dan ahli-ahli kerajaannya mungkin telah melakukan jenayah kemanusiaan.[30] Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan satu resolusi untuk membeku aset-aset Gaddafi dan 10 orang sekutunya serta menyekat kebebasan perantauan mereka. Resolusi itu juga merujukkan tindakan-tindakan pemerintahan Gaddafi kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat.[31] Pada awal Mac, angkatan Gaddafi berarak ke arah timur dan menawan semula beberapa kota pinggir pantai sebelum menyerang Benghazi. Satu lagi resolusi PBB membenarkan negara-negara anggotanya untuk menetapkan dan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.[32] Kerajaan Gaddafi kemudiannya mengumumkan gencatan senjata, tetapi gagal mematuhinya sendiri.[33]
Muammar al-Gaddafi memerintah negara Libya selaku "Ketua dan Pemandu Revolusi" semenjak menggulingkan sistem beraja pada tahun 1969. Ekoran pesaraan Fidel Castro pada tahun 2008 dan kematian Omar Bongo pada tahun 2009, Gaddafi ialah ketua negara bukan diraja yang paling lama memerintah di dunia.
Pada 13–16 Januari, atas rasa marah terhadap kerenah tangguh-menangguh dan gejala rasuah, gerombolan-gerombolan penunjuk perasaan di Darnah, Benghazi, Bani Walid dan kota-kota lain di Libya memecah masuk lalu menawan kawasan perumahan yang sedang dibina oleh kerajaan.[34][35] Pada 27 Januari, kerajaan membalas ketegangan perumahan itu dengan dana pelaburan $24 bilion untuk perumahan dan pembangunan.
Pada akhir bulan Januari, seorang penulis, pengulas politik dan juruakaun bernama Jamal al-Hajji, "menyeru supaya tunjuk perasaan diadakan untuk menuntut lebih kebebasan di Libya" seperti yang diilhamkan dari pemberontakan di Tunisia dan Mesir. Pada 1 Februari, beliau ditahan oleh pegawai polis berpakaian awam, lalu didakwa atas kesalahan mencederakan orang dengan keretanya dua hari kemudian. Amnesty International mendakwa bahawa memandangkan al-Hajji pernah dipenjarakan kerana meluahkan pendapat politiknya yang tidak ganas, penahanan beliau kali ini nampaknya didorong oleh seruannya demi tunjuk perasaan.[36]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.