From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang [Bunga] Mawar atau Perang Bunga Ros (bahasa Inggeris: Wars of the Roses ) merupakan perang saudara berangkai yang berlangsung antara penyokong kerabat-kerabat diraja Lancaster (yang dilambangkan bunga mawar merah) dengan York (dilambangkan dengan bunga mawar putih) yang berkehendak menduduki takhta England mengambil alih tampuk kekuasaan kerajaan tersebut. Secara amnya, kedua-dua pihak ini telah berperang beberapa kali antara tahun 1455 sehingga tahun 1485 (meskipun terdapat pertempuran yang berkaitan sebelum dan selepas tempoh ini).
Perang Bunga Mawar Wars of the Roses | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Adegan perwakilan bertemu di Taman Kuil berdasarkan Bab 1 pementasan Henry VI oleh William Shakespeare, di mana para penyokong yang bersengketa memilih bunga ros merah dan putih. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kerabat York | Kerabat Lancaster | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Richard, Duke York † Edward IV dari England Richard III dari England † |
Henry VI dari England Edward dari Westminster † Henry VII dari England |
Perang ini tamat dengan kemenangan memihak kepada Earl Richmond, kemudiannya Henry Tudor, pengasas Kerabat Tudor yang memerintah England dan Wales selama 117 tahun.
Raja Edward III mempunyai banyak putera. Kemangkatan putera sulung baginda, Edward, Si Putera Hitam, menyebabkan takhta diwarisi anaknya Richard, kemudiannya Richard II dari England pada 1377 ketika berusia 10 tahun. Baginda menghukum sepupunya Henry dibuang negeri, namun Henry kembali beberapa lama kemudian ketika Richard masih dalam keberangkatan di Ireland lalu mengambil alih tampuk kekuasaan England. Richard ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara sehingga baginda mangkat di sana, Henry pula diangkat menjadi Raja Henry IV.
Cucunda Henry iaitu Henry VI masih kecil ketika dimahkotakan sebagai raja England pada tahun 1422. Sesetengah rakyat menjadi tidak berpuas hati dengan baginda yang dianggap sebagai seorang pemerintah yang lemah kerana rasa tidak minatnya kepada politik setempat, penyakit mental yang berlanjutan serta pengaruh telunjuk permaisurinya, Margaret dari Anjou. Raja Henry VI akhirnya digulingkan Edward dari York dan sepupu Henry sendiri dengan bantuan Richard Neville, Earl Warwick lalu tercetuslah "peperangan mawar-mawar" ini.
-Menyebabkan Pengaruh Bangsawan Merosot seterusnya menyebabkan kemunculan pegawai-pegawai pentadbir yang juga menerima gaji daripada Raja. Pegawai-Pegawai ini terdiri daripada rakyat biasa dan bukannya lagi daripada golongan bangsawan sahaja.
Mohd Faiq Bin Jainal@Zainal| 13 Februari 2023}}
Kerabat York diwakili Mawar Putih (White Rose) |
Kerabat Lancaster diwakili Mawar Merah (Red Rose) |
---|---|
|
|
okay betul lah tuİĭèè
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.