Perang Hus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Hus atau Perang Bohemia dilangsungkan antara pengikut-pengikut Jan Hus - yang dianggap membidaah daripada anutan Kristian kontemporari umum - dengan kuasa-kuasa Katolik pimpinan Sigismund, Maharaja Rom Suci, Paus dan banyak raja Eropah yang taat setia kepada gerejanya, serta juga banyak puak yang bertelingkah dalam kalangan mereka sendiri.
Perang-perang ini berlanjutan dari tahun 1419 sehingga kira-kira 1434 - puak Utraquis berpaling tadah memihak kepada pihak-pihak Katolik setelah beberapa ketika pada 1423 lalu melawan beberapa puak pengikut Hus yang tinggal, terutamanya kaum Taborit yang radikal. Puak Taborit ini pula dikalahkan selepas perubahan jalan tersebut, lalu Puak Utraquis menyatakan taat setia mereka kepada Raja Bohemia dan Gereja Katolik serta dibenarkan mengamalkan ajaran yang sedikit berbeza daripada yang diamalkan anutan umum pada ketika itu.