Perang Bulgaria-Byzantium
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Bulgaria-Byzantium merujuk pada siri-siri konflik yang berlaku antara Byzantium dan Bulgaria yang mana bermula apabila orang Bulgar mula mendiami semenanjung Balkan pada kurun ke-5, serta perluasan empayar Bulgaria ke arah barat daya selepas tahun 680 AD. Bulgaria dan Byzantium terus bersengketa pada kurun selepasnya dengan kejayaan yang beraneka, sehingga orang Bulgaria yang diketuai oleh Krum, mengakibatkan satu siri kekalahan bagi Byzantium. Selepas kematian Krum pada tahun 814, anak lelaki beliau Omurtag telah merundingkan satu perjanjian damai selama 30 tahun. Simeon I, yang memerintah Bulgaria pada tahun 893 hingga 927 juga memperoleh beberapa kejayaan dalam kempen melawan Byzantium. Anak lelaki beliau, Peter I merundingkan sebuah lagi perjanjian damai yang bertahan lama. Zaman pemerintahan beliau diikuti oleh satu tempoh kejatuhan negara Bulgaria.
Perang Bulgaria-Byzantium | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Arah jam dari kanan: Pertempuran Anchialus; Khan Omurtag; Maharaja-maharaja dari Bulgaria dan Byzantium berunding perjanjian damai; Maharaja Nikephoros II Phokas. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() |
![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
![]() Asparukh Tervel Kormisosh Vinekh Telets Telerig Krum Omurtag Malamir Presian I Boris I Simeon I Peter I Boris II Samuel Gavril Rodomir Ivan Vladislav Peter II Peter III Peter IV Ivan Asen I Ivanko Kaloyan Ivan Asen II Michael Asen I Mitso Asen Constantine I Ivaylo Smilets Theodore Svetoslav George II Michael Asen III Ivan Stephen Ivan Alexander |
![]() Constantine IV Justinian II Philippikos Bardanes Constantine V Nikephoros I Logothetes † Michael I Rangabe Leo V si Armenia Theophilos Michael III Leo VI si Bijak Alexander Leo Phokas si Tua Romanos I Nikephoros II Phokas John I Tzimiskes Basil II the Bulgar-slayer Gregory Taronites † Nikephoros Ouranos Michael IV the Paphlagonian Michael VII Doukas Isaac II Angelos Alexios III Angelos John III Doukas Vatatzes Theodore II Laskaris Michael VIII Palaiologos Andronikos II Palaiologos Michael IX Palaiologos Andronikos III Palaiologos |
Pada tahun 971, John I Tzimiskes, maharaja Byzantium, berjaya menakluk sebahagian besar empayar Bulgaria yang lemah, berdepan dengan peperangan dengan Rusia, Pecheneg, Magyar dan Croatia dengan mengalahkan Boris II dan menawan Preslav, ibu negara Bulgaria. Samuel berjaya menstabilkan negara Bulgaria dengan berpusat di kota Prespa tetapi pada penghujung pemerintahan beliau, Byzantium berjaya menguasai lagi. Constantinople di bawah pemerintahan Basil II berjaya menakluk sepenuhnya Bulgaria pada tahun 1018 hasil daripada Pertempuran Kleidion pada tahun 1014. Terdapat beberapa pemberontakan menentang pemerintahan Byzantium pada tahun 1040 hingga 1041, dan pada tahun 1070an hingga 1080an, tetapi gagal. Bagaimanapun, pada tahun 1185, Theodore Peter dan Ivan Asen memula sebuah pemberontakan baharu, dan mula melemahkan empayar Byzantium, yang mana berhadapan dengan masalah dalaman dinasti, oleh itu tidak berjaya menghapuskan pemberontakan ini.
Selepas Perang Salib Keempat, ekoran penaklukan Constantinople pada tahun 1204, Kaloyan, maharaja Bulgaria, cuba untuk mewujudkan hubungan baik dengan paa salibi, tetapi empayar Latin yang baru diwujudkan telah menolak sebarang tawaran persekutuan dengan Bulgaria. Oleh kerana disambut dingin, Kaloyan bersekutu dengan Nicaea, salah sebuah negeri-negeri Byzantium yang diwujudkan selepas kejatuhan Constantinople, yang mana mengurangkan kuasa para salibi di kawasan ini. Meskipun sepupu beliau, Boril bersekutu dengan empayar Latin, para penganti Boril menyebelahi Nicae, meskipun menerima beberapa serangan berterusan daripada mereka. Selepas kejatuhan empayar Latin, Byzantium, mengambil kesempatan ekoran perang saudara Bulgaria, menawan sebahagian daripada Thrace, akan tetapi maharaja Bulgaria Theodore Svetoslav merampas kembali tanah-tanah ini. Hubungan Bulgaria-Byzantium terus turun-naik sehingga Turki Uthmaniyah menawan ibu negara Bulgaria pada tahun 1393 dan ibu negara Byzantium pada tahun 1453.