Peperangan kubu parit
From Wikipedia, the free encyclopedia
Peperangan kubu parit adalah bentuk peperangan di mana kedua-dua pihak yang berperang mempunyai garis pertahanan statik yang digali ke dalam tanah yang bertentangan sesama sendiri. Peperangan parit timbul apabila berlaku revolusi dalam kuasa tembakan tanpa kemajuan yang sejajar dalam pergerakan dan komunikasi. Peperangan parit berlaku semasa Perang Saudara Amerika (1860-an) dan Perang Jepun-Rusia pada tahun 1904-1905 dan mencapai kemuncak keganasan dan pertumpahan darah di Perbatasan Barat semasa Perang Dunia I.