![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/62/Solar_sys2.png/640px-Solar_sys2.png&w=640&q=50)
Pentakrifan semula maksud planet 2006
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mentakrifkan semula maksud "planet" dalam sistem suria sebagai:
- mempunyai orbit yang mengelilingi Matahari
- mempunyai jisim yang cukup untuk mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat)
- melepasi (tidak bersilang) orbit planet jiran.
Badan bukan satelit yang memenuhi dua syarat pertama digelar "planet kerdil", manakala badan bukan satelit lain (cuma memenuhi syarat pertama) dipanggil "badan sistem suria kecil" (dulu planet minor). Pentakrifan semula ini amat kontroversi dan banyak dikritik.
Menurut takrifan ini, kini terdapat lapan planet dan tiga planet kerdil dalam sistem suria. Pentakrifan ini khusus untuk Sistem Suria sahaja, jadi tidak boleh digunakan dalam kes planet luar suria.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/62/Solar_sys2.png/640px-Solar_sys2.png)