Pengharuan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan Haruan.
Pengharuan (Jawi: ڤڠهاروانcode: ms is deprecated ), juga haruan atau gangguan, adalah tingkah laku yang mengganggu orang lain. Ia biasanya difahami sebagai perbuatan merendahkan, memalukan dan menakut-nakutkan seseorang, yang dalam mata masyarakat dan moral dianggap tidak patut berlaku. Dari segi undang-undang, ia kelakuan yang kelihatan mengacau, mengganggu fikiran atau mengancam. Dahulu, ia timbul kerana diskriminasi, dan kelakuan begini merampas hak seseorang atau menyukarkan mereka untuk menikmati hak mereka.[perlu rujukan] Apabila kelakuan begini berulang, ia dipanggil buli. Aspek keberulangan dan penyebab rasa cemas, takut atau terancam boleh membezakannya daripada penghinaan.