Pengguna:Jentayu/Hodensack
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kantung zakar, kerandut zakar atau skrotum merupakan sebahagian daripada organ pembiakan lelaki yang terdiri daripada kantung kulit serta otot pada mamalia yang mengandungi biji zakar (testis), epididimis, permulaan kepada saluran spermatik dan penamat kepada tali spermatik. Kantung zakar ini terletak di antara celah kelangkang kaki, zakar dan perineum . Di bahagian tubuh manusia, kantung zakar dilitupi dengan bulu ari-ari secara semulajadi selepas tercapainya akil baligh .
Kantung zakar wujud bagi sebahagian besar haiwan berkantung uri dan marsupial, sesetengah haiwan bertulang belakang termasuk haiwan mamalia bertelur yang mempunyai biji zakar kekal. Fungsi kantung zakar ini masih belum dapat dipastikan secara jelas walaupun diwarisi oleh keturunan yang berbiji zakar. Kedudukan biji zakar di dalam kantung zakar berkemungkinan untuk melindungi benih sperma daripada suhu yang melampau ketika di dalam rongga badan.