Maklumat lanjut Rencana pilihan, Tahukah anda... ...
Rencana pilihan
Kompleks Tun Abdul Razak (singkatanKomtar), juga dikenali sebagai Kompleks Angkasa Perdana, ialah sebuah kompleks sivik di George Town, Pulau Pinang. Selepas kesiapan pembangunan Menara Komtar pada tahun 1985, menara tersebut yang berketinggian 231.7 meter (760ka) merupakan bangunan tertinggi di Asia dan di Asia Tenggara sehingga tahun 1986. Selain Menara Komtar, kompleks ini juga termasuk sebuah hotel, empat pusat membeli-belah, sebuah taman luar bandar dan pusat pengangkutan bas dan keretapi. Kompleks ini mengandungi pejabat yang berkeluasan 1,420,000 kaki persegi (132,000m2) dan ruang komersial di atas blok bandar seluas 27-ekar (11he). Komtar kini merupakan ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan ketua menteri Pulau Pinang. (Rencanapenuh...)
"... bahawa Masjid Abidin di Terengganu adalah tempat letak perkuburan empat Sultan dan seorang Permaisuri Terengganu yang terdahulu?"
"... bahawa tindakan menggunakan kekebalan diplomatik bukan sesuatu yang ganjil apabila kerajaan memanggil balik diplomatnya selepas melakukan kesalahan?"
"... bahawa antroposofi berkaitan dengan aspek pengetahuan yang ingin menjelaskan tentang Tuhan atau yang disebut teosofi?"
"... bahawa pokok penanti merupakan satu-satunya cara membiakkan secara besar-besaran pokok jenis lain yang tidak membiak nyata daripada biji benih, atau sangat terdedah kepada penyakit apabila ditanam dengan akar sendiri?"
"... bahawa Perang Itali-Habsyah Kedua adalah peperangan yang paling rugi dilakukan oleh Itali kerana telah melanggar undang-undang Liga Bangsa sendiri?"
Maklumat lanjut Perihal, Projek saudara Wikipedia ...
Perihal
Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia dalam talian yang boleh disunting dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisianwiki. Terdapat lebih daripada 270 bahasa, Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Matlamatnya iaitu selain untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal serta perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya dan diterbitkan dibawah perlesenan "Creative Commons CC-BY-SA".
Projek saudara Wikipedia
Wikipedia dihoskan oleh Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang juga mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.