Pengeboman masjid Sana'a 2015
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengeboman masjid Sana'a 2015 adalah empat kejadian serangan berani mati pada 20 Mac 2015 di Sana'a, Yaman.[1][5] Masjid al-Badr dan al-Hashoosh dilanda serangan ketika sembahyang zohor.[6] Letupannya meragut 142 nyawa dan mencederakan lebih 351, maka inilah antara serangan pengganas paling dahsyat dalam sejarah Yaman.[7][8][9] Seorang pengebom berani mati meletup di luar pintu masjid al-Badr ketika ditangkap oleh pengawal militia, sementara yang kedua meletupkan bomnya dalam kalangan jemaah yang melarikan diri di dalam masjid. Sepasang lagi pengebom meletup di masjid Al-Hashahush.[10][11]
Pengeboman masjid Sana'a 2015 | |
---|---|
Sebahagian daripada Krisis Yaman | |
Lokasi | Sana'a, Muhafazah Sana'a, Yaman |
Koordinat | 15°20′31″N 44°10′44″E |
Tarikh | 20 Mac 2015 (2015-03-20) (UTC+03:00) |
Sasaran | Penganut Syiah Houthi |
Jenis serangan | pengeboman berani mati empat kali ganda[1] |
Kematian | 142[2] |
Tercedera | 351[3] |
Pelaku | Negara Islam di Iraq dan Levant[4] (claimed responsibility) |
sunting · sunting di Wikidata |
Masjid-masjid yang dijadikan sasaran ada pertalian dengan Houthis iaitu cawangan Syiah. Kumpulan Houthis menjatuhkan kerajaan Yaman pada awal 2015 setelah menawan Sana'a pada tahun sebelumnya.[12]
Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.[4] Akan tetapi Bruce Riedel dari Institut Brookings percaya bahawa ia mungkin sekali adalah angkara al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).[13] AQAP menafikannya dengan berbuktikan arahan daripada Ayman al-Zawahiri supaya tidak menyerang masjid dan pasar. Jika benar ISIL bertanggungjawab maka ini adalah serangan pertama yang dilakukannya di Yaman.[14]
Jabatan Negara Amerika Syarikat menyeru agar dihentikannya sebarang tindakan ketenteraan disusuli penyelesaian diplomatik. Ban Ki-moon selaku Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru supaya semua pihak "mengentikan semua tindakan permusuhan serta-merta serta mengawal diri sepenuhnya."[15]
Pada 23 Mac, sebuah pesawat Airbus 310 milik Mahan Air dari Iran mendarat di Sana'a dengan pakej bantuan kemanusiaan sebanyak 13 tan serta angkatan pekerja bantuan. Dalam perlepasannya dari Yaman, 52 orang mangsa cedera dipindahkan ke Tehran untuk menerima rawatan. Timbalan duta Iran, Rasai Ebadi menjanjikan lebih banyak bantuan.[16][17]