![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ae/London-07.07.2005-trapped_underground.jpg/640px-London-07.07.2005-trapped_underground.jpg&w=640&q=50)
Pengeboman London 2005
From Wikipedia, the free encyclopedia
Empat letupan berlaku di stesyen keretapi bawah tanah dan bas di pusat kota London, United Kingdom pada pagi hari Khamis 7 Julai 2005 mulai jam 8:50 waktu tempatan. Tiga gerabak bawah tanah London diletupkan dalam masa setengah jam, manakala sebuah bas dua tingkat London diletupkan 30 minit kemudian. Laporan awal menyatakan terdapat 38 orang terkorban tetapi kini telah dimaklumkan seramai 56 orang terkorban. Seramai 700 orang dilaporkan cedera, separuh daripadanya memerlukan rawatan. Beberapa orang dilaporkan hilang. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ae/London-07.07.2005-trapped_underground.jpg/320px-London-07.07.2005-trapped_underground.jpg)
Letupan ini berlaku pada hari pertama pertemuan G8 diadakan di Scotland, sehari selepas London dimaklumkan menjadi penganjur Olimpik 2012 dan seminggu selepas Britain menjadi presiden Majlis Kesatuan Eropah.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3c/7_July_London_bombings_locations.png/640px-7_July_London_bombings_locations.png)
Kejadian ini merupakan serangan pengganas terburuk kedua di Britain sejak pengeboman pesawat Pan Am Penerbangan 103 pada tahun 1988 dimana 270 orang terkorban. Serangan ini telah membuatkan banyak negara Barat menaikkan tahap keselamatan di negara masing-masing.