![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6f/Preisschild_Modernes_Antiquariat.png/640px-Preisschild_Modernes_Antiquariat.png&w=640&q=50)
Penentuan harga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Pemasaran
![]() |
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Penentuan harga |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Pricing (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6f/Preisschild_Modernes_Antiquariat.png/320px-Preisschild_Modernes_Antiquariat.png)
Penentuan harga adalah proses menentukan apa yang bakal diterima sebuah syarikat sebagai pertukaran untuk produknya. Faktor-faktor harga adalah kos pengilangan, tempat pasaran, persaingan, keadaan pasaran, dan kualiti produk. Penentuan harga juga merupakan pembolehubah utama dalam teori peruntukan harga mikroekonomi. Penentuan harga adalah aspek dasar pemodelan kewangan dan adalah salah satu dari "empat P" campuran pemasaran. Tiga aspek lain adalah barangan, promosi dan tempat. Harga merupakan satu-satunya unsur menjana hasil dalam empat P ini, yang lain adalah pusat kos.
Harga adalah nilai yang dibayar oleh pembeli sebagai pertukaran untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang dijual dalam urusniaga merujuk kepada harga seperti kadar sewa, premium insurans, bayaran perkhidmatan yang lain dan sebagainya.Faktor yang mempengaruhi keputusan penentuan harga melibatkan persaingan harga dan bukan harga. Persaingan harga adalah polisi menggunakan harga untuk membezakan produk di dalam pasaran, sementara persaingan bukan harga adalah polisi menggunakan faktor bukan harga untuk menjual produk seperti kualiti produk, mutu perkhidmatan, cara gaya promosi dan sebagainya.