Pembinasa kelas Sovremenny
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelas Sovremenny, designasi Soviet Project 956 Sarych (buzzard), adalah satu kelas pembinasa peluru berpandu anti kapal dan anti pesawat dari Tentera Laut Soviet dan kemudian Tentera Laut Rusia. Kapal-kapal dalam kelas ini dinamakan berdasarkan kualiti, di mana "Sovremenny" diterjemahkan sebagai "moden" atau "kontemporari". Kebanyakan kapal-kapal dari kelas ini telah dibersarakan daripada perkhidmatan aktif dan sebuah diubahsuai menjadi sebuah muzium kapal pada tahun 2018; setakat tahun 2021, dua buah kapal dari kelas ini masih beroperasi dengan Tentera Laut Rusia manakala beberapa buah lagi masih menjalani program baik pulih. Empat buah kapal yang telah diubahsuai diserahkan kepada Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat, dan masih kekal berada dalam perkhidmatan aktif sehingga kini.
Bezuprechny pada Ogos 1986 | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Sovremenny |
Pembina: | Zhdanov Shipyard |
Pengguna: | |
Didahului oleh: |
|
Diganti oleh: |
|
Dibina: | 1976–2004 |
Ditauliahkan: | 1980–kini |
Dirancang: | 25 |
Disiapkan: | 21 |
Dibatalkan: | 4 |
Aktif: | 7 (3 menjalani kerja baik pulih) |
Dibersarakan: | 13 |
Dipulihara: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Pembinasa peluru berpandu |
Sesaran: | 6,600 tan standard, 8,000 tan muatan penuh |
Panjang: | 156 m (511 ka 10 in) |
Lunas: | 17.3 m (56 ka 9 in) |
Draught: | 6.5 m (21 ka 4 in) |
Jana kuasa: | 2 x aci turbin stim, 4 x dandang, 75,000 kW (100,000 hp), 2 x bebaling kekal, 2 x turbin penjana, dan 2 x penjana diesel |
Halaju: | 32.7 knot (60.6 km/j; 37.6 mph) |
Jarak: |
|
Anak kapal: | 350 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: | 2 x dispenser pengumpan PK-2 (200 roket) |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1× helikopter siri Ka-27 |
Kemudahan penerbangan: | Helipad |
Tugas utama pembinasa peluru berpandu kelas Sovremenny adalah peperangan anti kapal, sementara menyediakan pertahanan laut dan udara untuk kapal perang dan pengangkut yang diiringinya. Kelas ini direka untuk melengkapkan kelas-Udaloy, yag mana direka untuk operasi anti kapal selam.