![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/ff/Rapiere-Morges-2.jpg/640px-Rapiere-Morges-2.jpg&w=640&q=50)
Pedang
senjata berbilah / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pedang ([pĕ.dang], Jawi: ڤدڠcode: ms is deprecated ) adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang baik pada satu sisi sahaja mahupun dua. Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau keluli; namun batu lain yang sama tahan dan keras juga memadai dalam keadaan tertentu (misalnya senjata bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan zaman pra-Columbus. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/ff/Rapiere-Morges-2.jpg/640px-Rapiere-Morges-2.jpg)
Pedang biasanya dilihat lebih unggul berbanding senjata-senjata lain oleh sesetengah budaya dunia sehingga ia turut menjadi lambang kekuasaan; ada sesetengah pedang yang dihiasi logam mahal seperti emas permata yang digunakan sebagai hiasan sahaja.