Parti politik Bumiputera di Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan parti politik Bumiputera yang berfahaman kanan dan bersifat pro kerajaan, serta juga merupakan parti politik terbesar di Sarawak. Parti politik ini merupakan salah satu daripada parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara SUPP, PRS, dan PDP sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).[1][2]
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو | |
---|---|
Nama bahasa Cina | 砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng |
Nama bahasa Inggeris | United Bumiputera Heritage Party |
Singkatan | PBB |
Presiden | Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
Pengerusi | Mohamad Asfia Awang Nassar |
Setiausaha agung | Alexander Nanta Linggi |
Jurucakap | Haji Idris Buang |
Timbalan Presiden | Douglas Uggah Embas Awang Tengah Ali Hassan |
Naib Presiden | Dato’ Seri Fadillah Yusof Datuk Dr. Stephen Rundi Utom Dato Sri Julaihi Narawi Gerawat Gala Gerald Rentap Jabu Abdul Karim Rahman Hamzah Dr. Annuar Rapaee Abdul Rahman Junaidi |
Ketua Wanita | Fatimah Abdullah |
Bendahari | Datuk Amar Abdul Hamed Bin Haji Sepawi |
Pengasas | Jugah anak Barieng |
Ditubuhkan | 5 Januari 1973 (Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA) |
Disahkan | 30 April 1973 |
Gabungan | Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3 |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Akhbar | Jiwa Bakti |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PBB |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBB |
Keanggotaan | 452,280 (Ogos 2023) |
Ideologi | • Nasionalisme Sarawak • Patriotisme • Marhaenisme • Hak Bumiputera Sarawak • Membanteras rasuah • Membanteras budaya politik wang • Membanteras jenayah • Rakyat berbilang kaum • Membasmi kemiskinan • Kuasa politik rakyat • Demokrasi sosial negeri • Perjuangan hak MA63 • Hak ekonomi Sarawak • Sekularisme negeri • Hak politik orang muda • Hak golongan wanita • Hak kebajikan rakyat |
Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Barisan Nasional (1973–2018), (2020–2022) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (masih aktif) |
Warna | Kuning, merah, putih dan hitam |
Slogan | • Berkorban Bersatu • Bersatu, Bersetia, Berkhidmat • Berjihadlah • Bersatu untuk Rakyat Malaysia |
Lagu parti | March PBB (PBB March; Official anthem) Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement) |
Dewan Negara: | 2 / 70
|
Dewan Rakyat: | 14 / 222
|
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 47 / 82
|
Laman sesawang | |
pbb | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya 1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak. 2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu. 2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh. |
Percantuman tiga parti politik tempatan ini adalah selaras dengan tujuh matlamat utamanya, iaitu:
Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu.
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah anak Barieng, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, Parti Negara Sarawak (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama, manakala Tun Jugah pula dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Sli. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung.
Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan Bumiputera di Sarawak. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Sehingga akhir Ogos 2023, jumlah keanggotaan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini berjumlah 452,280 orang, dengan hanya sebanyak 380 cawangan di seluruh negeri Sarawak.
Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | 21 Ogos 2023 - 22 Ogos 2026 | Susan Chemerai Anding, YB Senator Puan | |
15 Julai 2024 - 14 Julai 2027 | Awang Bemee Awang Ali Basah, YB Senator Dato' | ||
Sarawak | 18 Julai 2022 - 17 Julai 2025 | Ahmad Ibrahim, YB Senator Datuk | |
11 Disember 2023 - 10 Disember 2026 | Michael Mujah Lihan, YB Senator Tuan |
PBB kini mempunyai 14 ahli parlimen.
Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Sarawak | P193 | Santubong | Nancy Shukri, YB Dato' Sri | Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia |
P194 | Petra Jaya | Fadillah Yusof, YAB Dato' Sri | Timbalan Perdana Menteri Malaysia Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia | |
P197 | Kota Samarahan | Rubiah Wang, YB Dato' | Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia | |
P198 | Puncak Borneo | Willie Mongin, YB Datuk | ||
P200 | Batang Sadong | Rodiyah Sapiee, YB Puan | ||
P201 | Batang Lupar | Mohamad Shafizan Kepli, YB Tuan | ||
P204 | Betong | Richard Rapu, YB Dr. | ||
P206 | Tanjong Manis | Yusuf Abd Wahab, YB Ir. | ||
P207 | Igan | Ahmad Johnie Zawawi, YB Tuan | ||
P213 | Mukah | Hanifah Hajar Taib, YB Dato' Sri | Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia | |
P215 | Kapit | Alexander Nanta Linggi, YB Dato' Sri | Menteri Kerja Raya Malaysia | |
P218 | Sibuti | Lukanisman Awang Sauni, YB Tuan | Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia | |
P221 | Limbang | Hasbi Habibollah, YB Datuk | Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia | |
P222 | Lawas | Henry Sum Agong, YB Datuk |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.