Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
Parti politik Bumiputera di Sarawak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan parti politik Bumiputera yang berfahaman kanan dan bersifat pro kerajaan, serta juga merupakan parti politik terbesar di Sarawak. Parti politik ini merupakan salah satu daripada parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara SUPP, PRS, dan PDP sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).[1][2]
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو | |
---|---|
Nama bahasa Cina | 砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng |
Nama bahasa Inggeris | United Bumiputera Heritage Party |
Singkatan | PBB |
Presiden | Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
Pengerusi | Mohamad Asfia Awang Nassar |
Setiausaha agung | Alexander Nanta Linggi |
Jurucakap | Haji Idris Buang |
Timbalan Presiden | Douglas Uggah Embas Awang Tengah Ali Hassan |
Naib Presiden | Dato’ Seri Fadillah Yusof Datuk Dr. Stephen Rundi Utom Dato Sri Julaihi Narawi Gerawat Gala Gerald Rentap Jabu Abdul Karim Rahman Hamzah Dr. Annuar Rapaee Abdul Rahman Junaidi |
Ketua Wanita | Fatimah Abdullah |
Bendahari | Datuk Amar Abdul Hamed Bin Haji Sepawi |
Pengasas | Jugah anak Barieng |
Ditubuhkan | 5 Januari 1973 (Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA) |
Disahkan | 30 April 1973 |
Gabungan | Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3 |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Akhbar | Jiwa Bakti |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PBB |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBB |
Keanggotaan | 452,280 (Ogos 2023) |
Ideologi | • Nasionalisme Sarawak • Patriotisme • Marhaenisme • Hak Bumiputera Sarawak • Membanteras rasuah • Membanteras budaya politik wang • Membanteras jenayah • Rakyat berbilang kaum • Membasmi kemiskinan • Kuasa politik rakyat • Demokrasi sosial negeri • Perjuangan hak MA63 • Hak ekonomi Sarawak • Sekularisme negeri • Hak politik orang muda • Hak golongan wanita • Hak kebajikan rakyat |
Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Barisan Nasional (1973–2018), (2020–2022) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (masih aktif) |
Warna | Kuning, merah, putih dan hitam |
Slogan | • Berkorban Bersatu • Bersatu, Bersetia, Berkhidmat • Berjihadlah • Bersatu untuk Rakyat Malaysia |
Lagu parti | March PBB (PBB March; Official anthem) Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement) |
Dewan Negara: | 2 / 70
|
Dewan Rakyat: | 14 / 222
|
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 47 / 82
|
Laman sesawang | |
pbb | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya 1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak. 2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu. 2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh. |
Percantuman tiga parti politik tempatan ini adalah selaras dengan tujuh matlamat utamanya, iaitu:
- Meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat Bumiputera Sarawak.
- Menggalakkan masyarakat dari semua kaum untuk menceburi apa-apa bidang termasuk politik, sosial, budaya, dan sukan.
- Memperkasakan seni, budaya, dan warisan masyarakat dari pelbagai kaum di Sarawak.
- Mengutamakan kebajikan seluruh rakyat Sarawak, melalui pelaksanaan bantuan-bantuan kerajaan Sarawak dan bantuan-bantuan kerajaan persekutuan.
- Mengutamakan hak-hak golongan belia dan golongan wanita di Sarawak.
- Memperjuangkan semua hak-hak Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Menjamin kedamaian, kesejahteraan, dan keharmonian semua kaum dan semua agama di Sarawak.