parti politik dibawah pemerintahan Soviet From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Komunis Moldavia (Bahasa Romania: Partidul Comunist al Moldovei, PCM; Cyrillic Moldova: Партидул Комунист ал Молдовей; Bahasa Rusia: Коммунистическая партия Молдавии) adalah parti pemerintah dan satu-satunya parti politik sah di RSS Moldavia, dan salah satu daripada lima belas parti peringkat republik yang membentuk Parti Komunis Kesatuan Soviet (KPSS) sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Ketika Perang Dunia II, parti itu adalah kekuatan penggerak penentangan Moldova terhadap penjajahan Paksi.
Parti Komunis Moldavia Partidul Comunist al Moldovei | |
---|---|
Ditubuhkan | 1940 |
Dibubarkan | Ogos 1991 |
Didahului oleh | Jawatankuasa Wilayah Moldavia Parti Komunis Ukraine |
Ibu pejabat | Chişinău |
Ideologi | Komunisme Marxisme-Leninisme Nasionalisme Moldova |
Penggabungan kebangsaan | Parti Komunis Kesatuan Soviet |
Warna | Merah |
Politik Moldova Parti politik Pilihan raya |
Pada tempoh Perestroika, yang telah menyaksikan populariti parti semakin merosot, ia juga berdepan dengan rusuhan November.[1][2] Pemimpin parti Semion Grossu digantikan dengan Petru Lucinschi pada 16 November 1989.[3]
Pada 27 Ogos 1991 Moldova mengisytiharkan Kemerdekaan dan riwayat Republik Sosialis Soviet Moldavia berakhir; tidak lama selepas itu, Parti Komunis dilarang bersama dengan semua pertubuhan komunis yang lain. Pada 7 September, Parlimen Moldova mencabut larangan aktiviti berkaitan komunis.
No. | Gambar | Nama
(Kelahiran–Kematian) |
Menjawat | Meninggalkan jawatan | Parti politik |
---|---|---|---|---|---|
Setiausaha Pertama | |||||
1 | Piotr Borodin
(1905-1986) |
15 Ogos 1940 | 11 Februari 1942 | PCM/KPSS | |
2 | Nikita Salogor
(1901-1981) |
13 Februari 1942 | 5 Januari 1946 | PCM/KPSS | |
3 | Nicolae Coval
(1904-1970) |
5 Januari 1946 | 3 November 1950 | PCM/KPSS | |
4 | Leonid Brezhnev
(1906-1982) |
3 November 1950 | 16 April 1952 | PCM/KPSS | |
5 | Dimitri Gladki
(1911-1959) |
16 April 1952 | 7 Februari 1954 | PCM/KPSS | |
6 | Zinovie Serdiuk
(1903-1982) |
8 Februari 1954 | 29 Mei 1961 | PCM/KPSS | |
7 | Ivan Bodiul
(1918-2013) |
29 Mei 1961 | 30 Disember 1981 | PCM/KPSS | |
8 | Semion Grossu
(lahir 1934) |
30 Disember 1981 | 16 November 1989 | PCM/KPSS | |
9 | Petru Lucinschi
(lahir 1940) |
16 November 1989 | 4 Februari 1991 | PCM/KPSS | |
10 | Grigore Eremei
(lahir 1935) |
4 Februar 1991 | Ogos 1991 | PCM/KPSS |
Pada 1993, bekas ahli PCM mengasaskan Parti Komunis Republik Moldova (PCRM), yang menjadi parti terbesar di Moldova sejak pilihan raya 2001, dan parti pemerintah dari 2001-2009. Pada 2011 sekumpulan komunis yang diketuai oleh setiausaha eksekutif Parti Komunis Moldova yang lama, Igor Cucer, mendapat perhatian orang ramai, dengan mendakwa bahawa mereka adalah "komunis sebenar" dan mereka ingin menghidupkan semula parti (PCM) secara rasmi;[4] mereka juga menyatakan bahawa: PCRM telah menjadi parti pseudo-Komunis dan borjuasi liberal yang melayani kepentingan salah seorang lelaki terkaya di daerah itu, Oleg Voronin, anak presiden Moldova dari 2001 hingga 2009 dan pemimpin PCRM Vladimir Voronin. Cucer mendakwa ketika itu: "Pemerintahan 8 tahun PCRM menjadikan orang miskin lebih miskin dan yang kaya lebih kaya.[5]
Suruhanjaya untuk Kajian Kediktatoran Komunis di Moldova ditubuhkan pada 2010 untuk mengkaji dan menganalisis tempoh 1917-1991 rejim komunis.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.