Parti Pertama Jepun (Bahasa Jepun: 日本第一党, Nippon Daiichitō, Bahasa Inggeris: Japan First Party) adalah parti politik sayap kanan di Jepun yang diasaskan oleh Makoto Sakurai.

Fakta Segera Pemimpin, Setiausaha ...
Parti Jepun Diutamakan
Japan First Party
日本第一党
PemimpinMakoto Sakurai
SetiausahaMomo Yusura
Timbalan Ketua (PR)Rei Senzaki
Timbalan Ketua (Dasar)Akira Nagao
Timbalan Ketua (Disiplin, Belia, Wanita)Ayaka Takahashi
Penasihat TinggiHiroyuki Seto
Ditubuhkan29 Ogos 2016 (2016-08-29)
Keanggotaan (2017)1,800 (ang.)
IdeologiNasionalisme Jepun[1]
Monarkisme
Anti-imigresen
Anti-komunisme
Kedudukan politikKanan jauh[2]
WarnaMerah dan Hitam
Dewan Kaunselor
0 / 242
Dewan Perwakilan
0 / 465
Ahli Perhimpunan wilayah
0 / 2,675
Ahli Perhimpunan bandar raya
0 / 30,490
Laman sesawang
japan-first.net
Politik Jepun
Parti politik
Pilihan raya
Tutup

Sejarah

Pada 15 Ogos 2016, Sakurai mengumumkan di hadapan orang ramai di perhimpunan tahunan untuk memprotes Hantenren di hadapan Kuil Yasukuni bahawa beliau tidak akan berhenti pada pilihan raya Tokyo, dan akan mewujudkan sebuah parti politik baru untuk mengutamakan dan memberi manfaat kepada rakyat Jepun mengatasi kuasa asing.[3] Setelah pertama kali bergurau mengumumkan nama parti baru sebagai "Parti Pengganas Tokyo" (東京テロリス党 - Tokyo Terrorist Party, beliau secara rasmi mengumumkan pada 29 Ogos 2016, nama parti "Parti Jepun Diutamakan" (日本第一党 - Japan First Party).[4]

JFP mengadakan konvensyen pertama di APA Hotel pada 26 Februari 2017, dan Sakurai, yang pada masa itu menjadi pemimpin de facto, secara rasmi menjadi pemimpin JFP.[5]

Setakat 27 April 2017, terdapat kira-kira 1800 ahli parti, tetapi tidak ada ahli parti di dalam mana-mana pejabat pemerintah.[6] Pada hari yang sama, Mikio Okamura (岡村幹雄), yang duduk di sebelah Sakurai, secara rasmi mengumumkan pada sidang media rancangannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Perundangan Wilayah Tokyo (ja) yang akan datang pada bulan Julai 2017.[7]

Dasar

Banyak janji dari kempen Sakurai dalam pilihan raya Gabenor Tokyo telah dimasukkan dalam dasar yang digariskan oleh JFP seperti pengecualian orang asing dari menerima manfaat kebajikan. Dasar tersebut merangkumi penulisan semula perlembagaan Jepun dari awal untuk meletakkan Maharaja sebagai ketua negara, memulihkan angkatan tentera, dan menjadikan pertahanan negara sebagai kewajipan sivik.[8]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.