From Wikipedia, the free encyclopedia
Papilio polytes ialah satu spesies kupu-kupu ekor layang-layang butterfly yang tertabur luas di merata Asia. Kupu-kupu ini terkenal dengan sifat kemimikan yang diperlihatkan oleh yang betina dengan memimik kupu-kupu lain yang tidak boleh dimakan seperti Pachliopta aristolochiae dan Pachliopta hector. Ia mempunyai lebar sayap sekitar 70–85 mm.[1]
Common Mormon | |
---|---|
jantan | |
betina (rupa Stichius) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Papilio |
Spesies: | P. polytes |
Nama binomial | |
Papilio polytes Linnaeus, 1758 | |
Kupu-kupu ini tertabur di negara-negara Pakistan, India, Nepal, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, China barat dan selatan (termasuk Hainan), Taiwan, Hong Kong, Jepun (Kepulauan Ryukyu), Vietnam, Laos, Kampuchea, Andaman,Nicobar, Malaysia Barat dan Timur, Brunei, Indonesia (kecuali Maluku dan Papua), Filipina, dan Kepulauan Mariana Utara (Saipan).
Kupu-kupu hitam berkliat dengan barisan tompok putih di sepanjang bahagian tengah kepak belakang. 90–100 mm. Yang jantan lazimnya tetapi tidak semestinya lebih kecil daripada yang betina. Kedua-dua jantan dan semua rupa betina P. polytes berbeza-beza saiz mengikut iklim setempat.
Yang jantan cuma satu morf, iaitu berekor layang-layang dan berwarna hitam. Pada atas kepak depan terdapat serantaian tompok putih yang semakin mengecil hingga ke apeks. Bahgian atas kepak belakang pula mempunyai jalur cakera tompok putih. Adakalanya terdapat bentuk sabit merah yang halus.
P. polytes betina adalah berpolimorfisme. Di Asia Selatan, ia terdiri daripada tiga rupa atau morf, iaitu:
Rupa ini serupa dengan jantan, cuma bezanya sentiasa terdapat bentuk sabit merah yang ketara. Ini merupakan yang paling jarang ditemui daripada ketiga-tiga rupa. Ia lazimnya terdapat di mana tiadanya Pachliopta aristolochiae atau Pachliopta hector, seperti di Himachal Pradesh berdekatan Shimla; namun beberapa contoh rupa romulus turut ditemui di tempat yang sama. (Rujuk imej taxobox.)
Rupa ini amat mirip memimik Pachliopta aristolochiae, dan inilah rupa yang paling banyak ditemui di mana saja adanya P. aristolochiae.
Rupa ini memimik Pachliopta hector dan banyak terdapat dalam kawasan P. hector. Ia tidak begitu mirip kerana warnanya agak kusam berbanding modelnya, P. hector. Adalah senang untuk membezakan mimik dan model berdasarkan warna tubuhnya; model berjasad merah dan mimik pula berjasad hitam.
Spesies ini mempunyai banyak kebolehubahan genetik dan dikenali kerana menghasilkan ginandromorf, iaitu penyimpangan genetik yang separa jantan separa betina.
Di India, kupu-kupu ini dianggap sebagai contoh terbaik kemimikan Bates, yang mana spesies yang boleh dimakan menyerupai spesies yang tidak boleh dimakan untuk mengelak daripada dimakan oleh pemangsa.
Populasi morf P. polytes yang memimik itu adalah lebih kecil daripada model masing-masing, iaitu A. aristolochiae atau P. hector. Ini adalah untuk memberi pemangsa kali pertama lebih banyak peluang untuk memburu model yang tidak sedap pada kali pertama, kemudian mengakui bahawa mangsa itu tidak sedap.
Populasi mimik yang lebih besar memungkinkan mimik itu di dimakan oleh pemangsa terlebih dahulu. Jika ini berlaku, maka pemangsa itu tidak akan sedar bahawa adanya kupu-kupu yang sama warna dan coraknya dilindungi oleh racun yang termakan olehnya; maka berkuranglah keberkesanan kaedah perlindungan itu.
Di Sulawesi, walaupun banyak terdapat Atrophaneura aristolochiae, namun morf betina P. polytes yang ditemui di situ menyerupai kupu-kupu yang jauh berbeza, iaitu Atrophaneura polyphontes.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.