gerakan kemanusiaan antarabangsa From Wikipedia, the free encyclopedia
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (Jawi: ڤرݢرقن انتارابڠسا ڤالڠ ميره دان بولن سابيت ميره), adalah sebuah gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walaupun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1859. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya 'A Memory of Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Buku itu mencadangkan :
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.