![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ac/Otobreda_127.54_Compact_on_ARV_Mariscal_Sucre_%2528F-21%2529_-_1987.jpg/640px-Otobreda_127.54_Compact_on_ARV_Mariscal_Sucre_%2528F-21%2529_-_1987.jpg&w=640&q=50)
Oto Melara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Oto Melara adalah kontraktor pertahanan Itali dengan kilang di Brescia dan La Spezia. Ia diasaskan pada tahun 1905 sebagau usahasama antara Vickers dan Terni. Semasa Perang DUnia Pertama, Vickers Terni menghasilkan banyak senjata dengan kaliber 40 mm dan keatas. Pada tahun 1929 syarikat itu dinamakan semula sebagai Odero Terni Orlando dengan singkatan Oto. Semasa Perang Dunia Kedua, ia menghasilkan kebanyakan meriam berat bagi kapal perang. Pada tahun 1953 syarikat tersebut mengambil nama Oto Melara.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ac/Otobreda_127.54_Compact_on_ARV_Mariscal_Sucre_%28F-21%29_-_1987.jpg/640px-Otobreda_127.54_Compact_on_ARV_Mariscal_Sucre_%28F-21%29_-_1987.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/52/Italian_Army_-_4th_Tank_Regiment_-_Ariete_tanks_during_an_exercise_at_Capo_Teulada_October_2022.jpg/640px-Italian_Army_-_4th_Tank_Regiment_-_Ariete_tanks_during_an_exercise_at_Capo_Teulada_October_2022.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a6/Lancieri_di_Aosta_Training.jpg/320px-Lancieri_di_Aosta_Training.jpg)
Sebelum Itali menyertai NATO, Oto Melara menghasilkan barangan awam, seperti traktor dan mesin penenun, tetapi dengan cepat kembali kepada penghasilan senjata. Senjata Oto Melara yang paling dikenali selepas Perang Dunia Kedua adalah pak howitzer gunung Model 56, yang dalam perkhidmatan serata dunia, dan meriam kapal 76/62, yang telah diterima pakai oleh 53 tentera laut dan dipasang pada lebih 1,000 kapal tentera laut.
Hari inioperasi pertahanan darat Oto Melara merupakan sebahagian dari konsortium “Finmeccanica”.