Anugerah Akademi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Akademi (bahasa Inggeris: Academy Awardscode: en is deprecated ) atau Oskar ialah sebuah majlis anugerah Amerika Syarikat tahunan yang diacarakan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (A.M.P.A.S.) untuk mengiktiraf kecemerlangan sinematik dalam industri filem Amerika Syarikat. Majlis anugerah ini kali pertama diadakan pada tahun 1929 di Hotel Hollywood Roosevelt.[1][2]
Fakta Segera Anugerah Akademi Academy Awards, Penghargaan ...
Anugerah Akademi Academy Awards | |
---|---|
Anugerah semasa: Anugerah Akademi ke-94 | |
Penghargaan | Pencapaian dalam industri perfileman |
Negara | Amerika Syarikat |
Disampaikan oleh | Akademi Sains dan Seni Perfileman |
Anugerah pertama | 16 Mei 1928 |
Laman web rasmi | www |
Tutup
Majlis anugerah ini kali pertama disiarkan melalui radio pada tahun 1930 dan mula disiarkan di televisyen pada tahun 1953. Pada masa kini, ia disiarkan secara langsung di lebih 200 negara.[3]