![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/11/Electron_orbitals.svg/langms-640px-Electron_orbitals.svg.png&w=640&q=50)
Orbital
Laman nyahkekaburan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam kimia , orbital ialah bahagian dalam ruang yang mana kebarangkalian menemui elektron dalam bahagian ruang itu (atom atau molekul) adalah tinggi. Secara amnya, kebarangkalian yang dipilih adalah 0.95 atau 95%.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/11/Electron_orbitals.svg/640px-Electron_orbitals.svg.png)
Bentuk orbital bagi suatu atom dapat ditentukan dengan menyelesaikan persamaan Schrödinger, iaitu satu persamaan pembezaan yang peringkat kedua. Penyelesaian kepada persamaan Schrödinger dinamakan fungsi gelombang , yang jika didarabkan dengan konjugat kompleksnya (
), dapat menzahirkan kebarangkalian untuk menemui elektron dalam bahagian ruang tertentu.
Persamaan Schrödinger yang tidak bergantung kepada masa untuk atom hidrogen diberi oleh
.