![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/General_of_the_Army_Omar_Bradley.jpg/640px-General_of_the_Army_Omar_Bradley.jpg&w=640&q=50)
Omar Bradley
United States Army field commander during World War II / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeneral Angkatan Darat Omar Nelson Bradley (12 Februari 1893 ā 8 April 1981) ialah seorang panglima perang Tentera Darat Amerika Syarikat di Afrika Utara dan Eropah semasa Perang Dunia II. Dari pendaratan Normandy sehinggalah perang berakhir di Eropah, Bradley telah memerintah seluruh angkatan tentera darat A.S. yang menceroboh Jerman dari arah barat; kesudahannya beliau memerintah 43 divisyen dan 1.3 juta anggota, iaitu kumpulan terbesar askar Amerika yang pernah berkhidmat dibawah seorang panglima perang AS. Selepas perang, Bradley memimpin Pentadbiran Veteran dan menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat. Pada tahun 1949, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama yang pertama, dan pada tahun berikutnya menyelia pembuatan polisi untuk Perang Korea, sebelum bersara dari tentera pada tahun 1953.
Jeneral Angkatan Darat Omar Bradley | |
---|---|
![]() | |
Nama lahir | Omar Nelson Bradley |
Nama samaran | "Brad", "G.I.General" |
Kelahiran | (1893-02-12)12 Februari 1893 Randolph County, Missouri |
Meninggal dunia | 8 April 1981(1981-04-08) (umur 88) New York City, New York |
Disemadikan | Tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington Daerah Arlington, Virginia, A.S. |
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1915ā1981 |
Pangkat | ![]() |
Arahan | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pertempuran | Perang Dunia II Perang Korea |
Anugerah | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Tandatangan | ![]() |
Jeneral Bradley merupakan orang terakhir daripada sembilan pegawai tertinggi yang menyandang pangkat lima bintang dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat.