![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8d/John_William_Waterhouse_-_Ulysses_and_the_Sirens_%25281891%2529.jpg/640px-John_William_Waterhouse_-_Ulysses_and_the_Sirens_%25281891%2529.jpg&w=640&q=50)
Odýsseia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Odýsseia (Yunani: Ὀδύσσειαcode: el is deprecated , Templat:IPA-el "Odisi", bahasa Inggeris: Odysseycode: en is deprecated ) merupakan salah satu puisi epik utama dalam tamadun Yunani selain Iliad, malah merupakan karya sastera Dunia Barat kedua tertua yang terselamat selepas Illiad itu sendiri. Ia dikatakan ditulis oleh Homeros, seorang penyair Ionia buta dari pesisiran Anatolia pada lewat abad ke-8 sebelum Masihi.[1]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8d/John_William_Waterhouse_-_Ulysses_and_the_Sirens_%281891%29.jpg/640px-John_William_Waterhouse_-_Ulysses_and_the_Sirens_%281891%29.jpg)
Ia berlatarkan 10 tahun setelah tamatnya peperangan hebat di Troia,[lower-roman 1] di mana seorang pahlawan bernama Odysseus menghadapi cabaran hebat semasa berpulang ke tanahnya di Ithake, sambil keluarganya yang setia menanti terpaksa menghadapi orang-orang yang mahu merebut peluang berkahwin dengan isterinya.