OB Süd
From Wikipedia, the free encyclopedia
Oberbefehlshaber Süd (Jerman: singkatan OB Süd) atau Panglima Tertinggi Selatan ialah pemerintah keseluruhan unit-unit Luftwaffe khasnya (termasuk unit udara serta anti pesawat Itali) dan Angkatan Tentera Jerman umumnya di Mediterranean dan medan Afrika Utara semasa Perang Dunia II. Ia diletakkan dibawah Markas Besar Itali (Comando Supremo). Oberbefehlshaber Süd juga adalah panglima Luftflotte 2 dari 2 Disember 1941 hingga 12 Jun 1943. Dari tarikh 29 Mei hingga 3 Jun 1942, OB Sud juga memerintah Gruppe Crüwell di Afrika Utara; beliau dengan rela hati meletakkan dirinya dibawah Generaloberst Erwin Rommel semasa tempoh itu. Jawatan Oberbefehlshaber Süd telah dinamakan semula Oberbefehlshaber Südwest (Panglima Tertinggi Barat Daya) pada 16 November 1943.