Nur Fathia
Pelakon wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Fathia binti Abdul Latiff (dalam tulisan Jawi نور فتحاي عبداللطيفف, lahir 1 September 1987) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita di Malaysia. [1]
Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Nur Fathia | |
---|---|
Kelahiran | Nur Fathia binti Abdul Latiff (1987-09-01) 1 September 1987 (umur 36) |
Nama lain | Fathia, Fathia Latiff |
Pendidikan | Undang-undang |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model |
Tahun aktif | 2009–kini |
Ketinggian | 1.70 m (5 ka 6 7⁄8 in) |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Tutup
Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.[2]