Nukleofil
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam kimia, nukleofil ialah spesies kimia yang membentuk ikatan diantara sebatian dengan menderma pasangan elektron. Semua molekul dan ion dengan pasangan elektron bebas atau sekurang-kurangnya satu ikatan pi boleh bertindak sebagai nukleofil. Kerana nukleofil menderma elektron, mereka dikategorikan sebagai bes Lewis.
Nukleofilik menerangkan pertalian nukleofil untuk terikat dengan nukleus atom bercas positif. Nukleofilik, kadangkala dirujuk sebagai kekuatan nukleofil, merujuk kepada sifat nukleofilik sesuatu bahan dan sering digunakan untuk membandingkan pertalian antara atom. Tindak balas nukleofilik dengan pelarut seperti alkohol dan air adalah bersifat neutral dan dinamakan solvolisis. Nukleofil boleh mengambil bahagian dalam penggantian nukleofilik, yang di mana nukleofil tertarik kepada cas positif penuh atau separa, dan penambahan nukleofilik. Nukleofilisiti berkait rapat dengan asasiti .