Nicolás Maduro
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nicolás Maduro Moros (Sebutan Sepanyol: [nikoˈlaz maˈðuɾo ˈmoɾos]; lahir 23 November 1962) ialah seorang ahli politik Venezuela yang kini menjadi Presiden Venezuela sejak 2013. Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden dan Menteri Luar Negeri Venezuela. Maduro menjadi pemangku Presiden selepas kematian Hugo Chávez. Beliau seterusnya terpilih sebagai Presiden pada 14 April 2013.
Nicolás Maduro | |
---|---|
Presiden Venezuela | |
Memegang jawatan 19 April 2013 Pemangku: 5 March 2013 – 19 April 2013 | |
Naib Presiden | Jorge Arreaza (2013–16) Aristóbulo Istúriz (2016–17) Tareck El Aissami (sejak 2017) |
Didahului oleh | Hugo Chávez |
Setiausaha Agung Pergerakan Negara-Negara Berkecuali | |
Memegang jawatan 17 September 2016 | |
Didahului oleh | Hassan Rouhani |
Presiden pro tempore Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan | |
Memegang jawatan 23 April 2016 | |
Didahului oleh | Tabaré Vázquez |
Naib Presiden Venezuela | |
Dalam jawatan 13 Oktober 2012 – 5 Mac 2013 | |
Presiden | Hugo Chávez |
Didahului oleh | Elías Jaua |
Digantikan oleh | Jorge Arreaza |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 9 Ogos 2006 – 15 Januari 2013 | |
Presiden | Hugo Chávez |
Didahului oleh | Alí Rodríguez Araque |
Digantikan oleh | Elías Jaua |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 5 January 2005 – 7 August 2006 | |
Didahului oleh | Francisco Ameliach |
Digantikan oleh | Cilia Flores |
Butiran peribadi | |
Lahir | Nicolás Maduro Moros (1962-11-23) 23 November 1962 (umur 61) Caracas, Venezuela |
Parti politik | Parti Sosialis Bersatu (2007–kini) Gerakan Republik Kelima (Sebelum 2007) |
Pasangan | Cilia Flores |
Anak-anak | Nicolás Maduro Guerra[1] |
Kediaman | Istana Miraflores |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Laman rasmi |
Kedudukan beliau kini dalam keadaan yang genting apabila beliau mengangkat sumpah di hadapan Tribunal Agung Venezuela buat kali kedua sebagai Presiden pada 10 Januari 2019. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Pertubuhan Negara-Negara Amerika yang melihat perkara tersebut sebagai tidak sah serta menuntut pilihan raya baru diadakan;[2] Perhimpunan Kebangsaan Venezuela membalas dengan mengisytiharkan darurat[3] manakala ada beberapa negara yang membawa balik duta-duta dari negara tersebut. Perhimpunan Kebangsaan turut melantik Juan Guaidó sebagai Presiden interim yang turut diiktiraf beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.[4]