From Wikipedia, the free encyclopedia
Niels Henrik David Bohr (7 Oktober 1885 - 18 November 1962) merupakan seorang ahli fizik yang berasal dari Denmark dan pernah meraih hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1922.
Niels Bohr | |
---|---|
Kelahiran | Niels Henrik David Bohr 7 Oktober 1885 |
Meninggal dunia | 18 November 1962 77) (umur Copenhagen, Denmark |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Assistens, Copenhagen |
Pusat pendidikan | Universiti Copenhagen |
Terkenal kerana |
|
Pasangan | Margrethe Nørlund (k. 1912) |
Anak-anak | Aage, Ernest, empat anak lelaki lain |
Anugerah | Hadiah Nobel dalam Fizik (1922)
|
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik teoretikal |
Institusi |
|
Tesis | Studies on the Electron Theory of Metals (1911) |
Penasihat kedoktoran | Christian Christiansen |
Penasihat akademik yang lain | |
Pelajar kedoktoran | Hendrik Kramers |
Pelajar lain yang terkenal | Lev Landau |
Pengaruh |
|
Dipengaruhi oleh | |
Tandatangan | |
Pada tahun 1913, beliau telah menerapkan konsep mekanik kuantum untuk model atom yang telah dikembangkan oleh Rutherford, yang menggambarkan bahawa atom tersusun dari teras atom (nukleus) yang dikelilingi oleh orbit elektron.
Ketika Perang Dunia Kedua meletus, banyak cendekiawan di Jerman melarikan diri akibat keturunan mereka (banyak yang berbangsa Yahudi) mahupun kerana fahaman politik mereka yang tidak disenangi rejim Nazi. Pada September 1943, Bohr dan abangnya Harald mendapat tahu mereka berkemungkinan ditahan rejim itu disebabkan darah kacukan Yahudi mereka. Para pemberontak DEnmark membantu Bohr dan isterinya melarikan diri ke Sweden pada 29 September.[1][2] Pada hari berikutnya, Bohr memujuk Raja Gustaf V agar memberikan suaka kepada pelarian masyrakat tersebut. Radio kerajaan Sweden membuat pengumuman kepada 2 October 1943 menyatakan persediaan mereka menyambut para pelarian itu.[2][3][4][5] Sebanyak 7,000 warga Denmark bangsa Yahudi meklarikan diri ke negara jiran itu.[6]
Sebaik sahaja Lord Cherwell mendengar khabar Bohr di Sweden, beliau mengutus sepucuk telegram menjemput Bohr ke Britain. Bohr tiba di Scotland pada 6 Oktober dalam sebuah pesawat British Overseas Airways Corporation (kini British Ariways) yang mampu melepasi ruang udara Norway tanpa dikesan pihak Nazi di sana.[7][8] Ketibaan Bohr di sana disambut baik James Chadwick dan Sir John Anderson, namun keberadaan Bohr dirahsiakan atas sebab keselamatan. Tidak lama selepas itu, Chadwick membuat persediaan untuk Niels dan anaknya Aage membuat lawatan ke Amerika Syarikat.[9] Bohr tiba di Washington, D.C. pada 8 Disember 1943 untuk bertemu dengan pengarah Projek Manhattan, Jeneral Brigadier Leslie R. Groves, Jr. Beliau turut menghadiri Makmal Negara Los Alamos di New Mexico, di mana senjata nuklear sedang dibangunkan tentera Amerika.[10] Projek Manhattan ini didorong dengan bantuan United Kingdom dan Kanada sebagai suatu strategi menentang serangan pihak-pihak Paksi yang tersebar di pelusuk dunia ketika perang dunia ini berlangsung, Bohr sendiri menyedari bahawa pembangunan senjata baru ini boleh merubah hubungan antarabangsa.
Pada 1910, Bohr bertemu dengan Margrethe Nørlund, kakak kepada Niels Erik Nørlund.[11] Mereka berkahwin dalam suatu upacara sivil di dewan bandar Slagelse pada 1 Ogos 1912.[12]
Bohr and Margrethe dikurniakan enam anak.[13] Anak sulung mereka Christian meninggal akibat suatu kemalangan bot pada 1934,[14] Harald yang kedua meninggal setelah menghidap meningitis.[13] Aage Bohr yang ketiga menjadi seorang ahli fizik yang berjaya, malah turut dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik sepertimana ayahnya pada tahun 1975.
Beliau mengadaptasikan struktur nuklear yang dibangunkan Ernest Rutherford dengan teori kuantum Max Planck lalu menghasilkan model atomnya sendiri.[15]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Niels Bohr. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.