From Wikipedia, the free encyclopedia
Persekutuan (Jawi: ڤرسكوتوان; [pĕr.sĕ.ku.tu.an]) atau federasi ([fé.dé.ra.si]; dari Latin: foeduratio bererti "perjanjian" terbitan kata foedus "ikatan" melalui Belanda: federatie[1]) ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu pemerintahan pusat. Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan/pemerintah pusat yang hanya menyebelahi satu pihak.
Bentuk pemerintahan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländernya merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu, sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan.
Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.
Persekutan | Subdivisi utama | Wilayah khusus |
---|---|---|
Amerika Syarikat (lihat Negeri di Amerika Syarikat) |
51 negeri | 1 daerah persekutuan; 1 wilayah bergabung, 13 wilayah tidak bergabung |
Argentina | 23 wilayah | 1 daerah persekutuan |
Australia | 6 negeri | 1 daerah/wilayah persekutuan, 1 wilayah utama, beberapa wilayah kecil |
Austria | 9 Bundesländer | |
Belgium[2] | 3 komuniti linguistik | 3 rantau |
Bosnia dan Herzegovina | 2 entiti | 1 daerah yang diselia oleh pihak antarabangsa |
Brazil | 26 negeri | 1 daerah persekutuan dan 5,561 perbandaran |
Comoros | 3 pulau | |
Emiriah Arab Bersatu | 7 emiriah | |
Habsyah | 9 rantau | 2 bandaraya berpiagam |
Jerman | 16 Länder atau Bundesländer | |
India | 28 negeri | 7 wilayah kesatuan |
Iraq | 18 gabenorat, termasuk 1 kawasan autonomi | |
Kanada | 10 wilayah | 3 jajahan |
Malaysia (lihat Senarai negeri-negeri Malaysia) |
13 negeri | 3 wilayah persekutuan |
Mexico | 31 negeri | 1 daerah persekutuan |
Micronesia | 4 negeri | |
Nepal | 14 zon | 75 daerah |
Nigeria | 36 negeri | 1 wilayah |
Pakistan | 4 wilayah | 4 wilayah persekutuan |
Rusia[3] | 48 oblast, 21 republik, 10 okrug berautonomi, 7 kray, 2 bandaraya persekutuan | |
Saint Kitts dan Nevis | 2 pulau/14 mukim | |
Sudan | 26 negeri | |
Switzerland | 26 kanton | |
Venezuela | 23 negeri, 1 wilayah tanggungan | 1 daerah persekutuan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.