Naga Jepun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Naga Jepun merupakan pelbagai jenis mahkluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Jepun. Mitos naga Jepun menggabungkan legenda jati dengan cerita-certa naga yang diserap dari China, Korea dan India. Gaya naga ini amat dipengaruhi oleh naga Cina, yang mana ia lazimnya dilukis sebagai makhluk seakan ular gergasi yang tidak bersayap dan bercakar. Seperti naga-naga Asia yang lain, kebanyakan naga Jepun merupakan dewa air yang bersangkut-paut dengan hujan dan jasad air. Bahasa Jepun moden mengandungi pelbagai perkataan bagi "naga", termasuk perkataan jati tatsu dari bahasa Jepun lamata-tu, ryū atau ryō 竜 yang diserap dari bahasa Cina lóng 龍, nāga ナーガ dari bahasa Sanskrit nāga, dan doragon ドラゴン dari bahasa Inggeris dragon.