Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Basketball Associationcode: en is deprecated ; NBA) ialah liga bola keranjang profesional lelaki di Amerika Utara, yang terdiri daripada 30 pasukan (29 di Amerika Syarikat dan 1 di Kanada). Ia merupakan salah satu daripada empat liga sukan profesional utama di Amerika Syarikat dan Kanada, dan secara meluas dianggap sebagai liga bola keranjang profesional lelaki terkemuka di dunia.[2]
Musim ini, persaingan atau edisi: Musim NBA 2022–23 | |
Sukan | Bola keranjang |
---|---|
Ditubuhkan | 6 Jun 1946; 78 tahun yang lalu (1946-06-06) (sebagai BAA), New York City, New York, Amerika Syarikat[1] |
Musim Pertama | 1946–47 |
Pesuruhjaya | Adam Silver |
Bil. pasukan | 30 |
Ibu Pejabat | New York City |
Juara lalu | Golden State Warriors (Gelaran ke-7) |
Juara terbanyak | Boston Celtics Los Angeles Lakers (17 gelaran) |
Rakan kongsi TV | Amerika Syarikat:
Kanada:
|
Laman web rasmi | NBA.com |
Liga ini ditubuhkan di New York City pada 6 Jun 1946, sebagai Persatuan Bola Keranjang Amerika (BAA).[3][4] Ia bertukar nama kepada Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan pada 3 Ogos 1949, setelah bergabung dengan Liga Bola Keranjang Kebangsaab (NBL) yang bersaing. Musim biasa NBA berlangsung dari Oktober hingga April, dengan setiap pasukan bermain 82 permainan. Perlawanannya akan berlangsung hingga Jun. Sehingga 2015, pemain NBA ialah atlet berbayar terbaik di dunia dengan purata gaji tahunan setiap pemain.[5][6]
NBA ialah ahli aktif USA Basketball (USAB).[7]