From Wikipedia, the free encyclopedia
Muzik era pembaharuan , juga dipanggil sebagai Muzik Renaisans (dalam bahasa Inggeris, Renaissance music) merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang ditulis pada Zaman Pembaharuan dari sekitar tahun 1400 hingga 1600. Untuk menentukan dengan tepat tarikh permulaan era muzik pada Zaman Pembaharuan adalah kerja yang amat sukar kerana pertukaran muzik yang mendadak dan diluar jangkaan pada kurun ke-15. Tambahan juga, proses penentuan ini memerlukan muzik itu berciri-cirikan "Renaisans" dan pakar –pakar muzik meletakkan tarikh yang sesuai bermula seawal tahun 1300 hingga selewet-lewatnya pada tahun 1470an.
Sejarah muzik klasikal | |
Muzik era pertengahan | (476 – 1400) |
Muzik era pembaharuan | (1400 – 1600) |
Muzik era barok | (1600 – 1760) |
Muzik era klasikal | (1730 – 1820) |
Muzik era romantis | (1815 – 1910) |
Muzik klasikal abad ke-20 | (1900 – 2000) |
Muzik klasikal kontemporari | (1975 – kini) |
Sumbangan terbaru dalam kajian pakar – pakar muzik walau bagaimanapun, mencadangkan bahawa konsep tersebut perlu dielakkan ataupun digunakan dengan penyelidikan yang lebih rapi kerana kesukaran yang amat tinggi untuk menakrifkan maksud dan tarikh yang tepat untuk istilah ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.