Mukim Berakas 'B'
mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mukim Berakas 'B' ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 40,710 orang pada tahun 2016.[1] Ia diketuai oleh seorang penghulu dan pada masa ini sedang dijawat oleh Pengiran Ali bin Pengiran Maon sejak tahun 2014;[2][3] beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu wakil bagi Zon 1 Daerah Brunei dan Muara.[4]