Dalam biologi, takson monotip[lower-alpha 1] atau takson ekajenis ialah kumpulan taksonomi (takson) yang mengandungi hanya satu takson bawahan yang langsung.[1] Spesies monotip ini tidak termasuk subspesies atau lebih kecil lagi, takson infraspesifik. Dalam kes bagi genus, istilah "unispesifik" atau "monospesifik" kadang-kadang dipilih. Dalam tatanama botani, genus monotip ialah genus dalam kes tertentu di mana genus dan spesies tunggal diperikan secara serentak.[2] Sebaliknya, takson oligotip pula mengandungi lebih daripada satu namun hanya sedikit sekali takson bawahan.

Contoh

Sepertimana istilah monotip digunakan untuk memerikan takson yang merangkumi hanya satu subbahagian, takson yang terkandung boleh juga dirujuk sebagai monotip dalam takson peringkat lebih tinggi, cth. genus monotip dalam keluarga. Beberapa contoh kumpulan monotip adalah:

Tumbuhan

  • Dalam susunan Amborellales, terdapat hanya satu keluarga, Amborellaceae dan terdapat hanya satu genus, Amborella, dan dalam genus ini terdapat hanya satu spesies, iaitu Amborella trichopoda.
  • Tumbuhan berbunga Breonadia salicina satu-satunya spesies dalam genus monotip Breonadia.
  • Keluarga Cephalotaceae merangkumi hanya satu genus, Cephalotus, dan hanya satu spesies, Cephalotus follicularis – periuk kera Albany.
  • Bahagian Ginkgophyta adalah monotip, mengandungi kelas tunggal Ginkgoopsida. Kelas ini pun monotip, mengandungi susunan tunggal Ginkgoales.[3]
  • Tumbuhan berbunga Nandina domestica satu-satunya spesies dalam genus Nandina.
  • Hari ini sudah diterima yang ganja (Cannabis sativa) secara umumnya genus monospesifik.[4]

Binatang

  • Kupu-kupu madron satu-satunya spesies dalam genus monotip Eucheira. Namun, terdapat dua subspecies bagi kupu-kupu ini, E. socialis socialis dan E. socialis westwoodi, yang bermaksud spesies E. socialis bukan monotip.[5]
  • Erithacus rubecula, murai Eropah, satu-satunya ahli bagi genusnya yang wujud.[6]
  • Delphinapterus leucas atau paus beluga satu-satunya ahli bagi genusnya dan ketiadaan subspesies.[7]
  • Dugong dugong satu-satunya spesies dalam genus monotip Dugong.[8]
  • Homo sapiens (manusia) adalah monotip, memandangkan kita ada sangat sedikit kerencaman genetik untuk melindungi mana-mana subspesies hidup.[9]
  • Limnognathia maerski adalah binatang mikroskopik dan satu-satunya spesies dalam filum monotip Micrognathozoa.
  • Narwal adalah setasea berukuran sedang yang merupakan satu-satunya ahli bagi genus monotip Monodon.[10]
  • Platipus satu-satunya ahli bagi genus monotip Ornithorhynchus.
  • Ozichthys albimaculosus, iaitu cream-spotted cardinalfish, yang dijumpai di Australia Tropika dan selatan New Guinea, adalah spesies jenis bagi genus monotip Ozichthys.[11]
  • Gelatik janggut satu-satunya spesies dalam genus monotip Panurus, yang merupakan satu-satunya genus dalam keluarga monotip Panuridae.[12]
  • Kanin membentuk satu-satunya subkeluarga hidup bagi keluarga anjing, Canidae

Catatan

  1. juga sebagai takson monotipik

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.