Mohd Shafie Ngah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Shafie bin Ngah ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Di Peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Fakta Segera Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Sungai Ramal, Didahului oleh ...
Mohd Shafie Ngah | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Sungai Ramal | |
Memegang jawatan Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Mazwan Johar |
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 24 November 2014 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Khairuddin Othman |
Kawasan pilihan raya | Bangi |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Bangi | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Shafie Abu Bakar (PAS) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1966-08-21) 21 Ogos 1966 (umur 57) Sekinchan, Selangor |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak-anak | 5 (4 lelaki 1 perempuan) |
Profesion | Peguam |
Laman web rasmi | Shafie Ngah |
Tutup
Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.