![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/YB_DS_Dr_Mohd_Naim_Mokhtar.jpg/640px-YB_DS_Dr_Mohd_Naim_Mokhtar.jpg&w=640&q=50)
Mohd Na'im Mokhtar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar (lahir 25 November 1967) adalah Mantan Ketua Pengarah merangkap Mantan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.[1]. Beliau telah menerima watikah perlantikan sebagai Senator Dewan Negara daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia bermula Disember 2022.[2]
Fakta Segera Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Raja ...
Mohd Na'im Mokhtar | |
---|---|
![]() | |
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Dr. Zulkifli Hasan (sejak 12 Disember 2023) |
Didahului oleh | Idris Ahmad |
Ketua Hakim Syarie ke-4 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia | |
Dalam jawatan 26 Mac 2019 – 2 Disember 2022 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad Muhyiddin Yassin Ismail Sabri Yaakob |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1967-11-25) 25 November 1967 (umur 56) Kampung Baru, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) |
Pasangan | Nik Roslini Raja Haji Ismail |
Anak-anak | 3 |
Profesion | Hakim dan Peguam |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
Tutup
Beliau merupakan anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur, telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Setia Nik Roslini Raja Haji Ismail[3] dan dikurniakan dengan 3 orang anak.