Mizz Nina
penyanyi wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina (lahir 1 Julai 1980) merupakan penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen dan usahawan Malaysia. Beliau ialah salah seorang daripada ahli Teh Tarik Crew. Merupakan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan ini, beliau telah menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Mizz Nina | |
---|---|
Kelahiran | Shazrina binti Azman (1980-07-01) 1 Julai 1980 (umur 44) |
Pekerjaan | Penyanyi, pendakwah, aktivis kemanusiaan, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen, usahawan |
Tahun aktif | 1999–2013 (dalam industri muzik) |
Pasangan | Noh Salleh (k. 2011; c. 2022) Essam Muhammad (k. 2023) |
Ibu bapa | Azman Hashim (bapa) Tunku Arishah Tunku Maamor (ibu) |
Saudara | Shalina Azman (kakak) |
Kerjaya muzik | |
Genre | R&B, Dance-pop, Elektropop, Pop, Hip hop |
Instrumen | Vokal, Dram, Piano |
Syarikat rakaman | Positive Tone (1999-2004) Warner Music (2010-2012) Mizz Nina Productions (2010-kini) |
Pengkarya berkait | Teh Tarik Crew, Colby O'Donis, Flo Rida, Planet Asia, Theo Martins, Jay Park |
Tutup
Beliau merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Pada tahun 2013, beliau memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.